BEN ASHAARI

Friday, August 5, 2011

GULAI AYAM KAMPUNG....BUAT AKU MOODY...

P1300339
Selamat malam, hmmm...rasa bosan lah hari ni, penat..otak pun dah malas nak fikir, nak tengok blog pun malas..jadi kalau dalam masa terdekat ni mat skip2 tak letak entri, anda pun faham lah kan.. Hari ni mat kena masak gulai ayam kampung. Aduhh masak lemak lagi....pengsan >_< . Masakan ni mudah saja, cuma masalahnya, ayam kampung ni liat, kalau tak de presseure cooker, masak leer nak menunggu ianya empuk. Ada juga petua2 yang mat tau, antaranya meletak daun nangka, tempurung kelapa dan ada tu masak sekali dengan sebatang sudu stainless steel yang bersih..hmm mat tak pernah praktik kan semua tu, ntah rasa macam tak berapa nak kenan. Jadi mat memasaklah secara manual...hadoi 2 1/2 jam okehh baru empuk, kebetulan pressure cooker pulak sakit hari ni...jadi menunggu lah ibarat menanti buah tak gugur. Tapi alhamdulillah, hasil nya amat memuaskan. syukur...teringat pulak kat Ady Budika bila masak2 lemak macam ni...huhu.. Oh yea satu lagi perkara penting, kalau ayam kampung yang bebas, anda perlu tangkap dan kurung, diberi makan jagung selama 3 hari berturut2 sebelum boleh disembelih bagi menjamin kesucian ayam tadi.....wallah hualam..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, potong 14 atau 16, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu, dan rendam
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
300 pati santan
1 liter santan cair
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras
4 biji cili merah'
10 biji cili padi merah thai
3/4 inci kunyit hidup
2 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair dan juga air secukupnya.
  2. Masa dengan api besar hingga mendidih. Kemudian sederhana kan api, biar ayam empuk, masa ni kalau kurang, tambah air panas. Bila ayan empuk, masukkan kentang, asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
  3. Tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dan biar mendidih dengan api perlahan. Kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

12 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

saya moody dengan masakan pok cik mat tak berapa gebu sekarang! laparr!

Iffah Afeefah said...

masak lemak

teringat masak lemak hari tu

sedapnyeeeee

Melur Jelita said...

Saya suka semua masak lemak lagilah kalau telur itik + belimbing buluh

Sis-Lin said...

ermmmm liat! x sukaaaaaa :p

Zulfikar Hazri said...

antara ayam kampung, ayam hutan ngan ayam pekan, ayam mana yang boleh menari hulahup mat?

hOtMaMa said...

sedapnya nampak gulau ayam kg cik mat tu.. dah lama x makan ayam kg.. teringat dulu2 time nak raya.. mesti aktiviti mengejar ayam dilakukan utk dibuat rendang.. haha.. nostalgia sungguh ler..

Ummi said...

Wahahahhaa...dah la letih tangkap ayam ke Mat? Adeeeii 2 1/2 jam nak masak ek, liat bebenor...mau tdo bangun 2 3 round pun sempat...hehe.. Mat, ayam tu tangkap dan kurung kasi makan cornflakes 3 hari ok tak? wakakakakaa... akak dah wat lawak ni, mood ko ok x hari nih..hehe

Mas said...

ayam kampung....
sedappnya..
masak apa pun ok....

Oh Oeya said...

best!! pastu wat lempeng.. wah!!

Isteri Encek Bard said...

WAHH LEMAK LAGIK cmg... TAPI AYAM KG.. TERBAIK

Mama Hanim said...

masakan lemak yg sedap, ayam kg plak tu lg best kan CMG.

Ally Iskandar Putus Tunang Dgn Aishah Gadis Melayu 1

JIJI YU said...

sodapnye papa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.