BEN ASHAARI

Saturday, August 20, 2011

BUBUR PULUT HITAM DURIAN...

P1300766
Salam semua, huhu, nak masukkan satu entri pencuci mulut kejap. Hari ni jadual sedikit ketat, malam tadi tak sempat nak masukkan entri sebab tidur awal. Yang ni pun dah banyak kali mat masukkan, bubur pulut hitam ni kita antara hidangan wajib dibulan puasa terutama di Johor yang memang terkenal dengan hidangan pelbagai jenis pengat dan bubur ketika ramadhan. Kali ni mat letak durian. Orang tanya eh CM, musim derian kat tempat u masih ada lagi ke?.Sebenarnya durian tu bonda mat frozen kan jadi bila nak guna ambik je lah, thaw dan boleh gunakan. Rasa dia tak berubah sama saja. Satu lagi orang Johor kalau makan bubur pulut hitam mereka akan curah sedikit santan pekat atasnya sebagai penambah rasa lemak bubur tadi. Santan pekat cuma dicampur dengan garam sahaja. Ok mat letak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
10 ulas durian
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pulut hitam tadi hingga kembang atau guna periuk tekanan, selalunya ambil masa dalam 20 - 25 minit saja. Alihkan ke dalam periuk lain. Ketepikan.
  2. Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemdian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
  3. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam, durian dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  4. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan...

4 comments:

Iffah Afeefah said...

tersngtla sedapppp

deena said...

Sedapnya bubur pulut hitam ni. Org kedah pn suka

JIJI YU said...

berbuweh bubur..eh berbuweh mulut

Oh Oeya said...

Menggoda u..

Feberet bubur ni.. tapiii.. tanpa durian heheh..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.