BEN ASHAARI

Thursday, August 11, 2011

BERSAHUR DENGAN ASAM PEDAS....

P1300514
Salam pagi Khamis, dahh 11 Ramadhan kan hari ni, syukur alhamdulillah diberi peluang untuk berpuasa lagi. Pagi ni nak kongsi satu masakan yang kalau sebut je ada orang pening, mual dan nak muntah sudah..yelah berpuluh ribu an kali ulang tayang kat DTS. Apa lagi kalau bukan asam pedas. Tapikan selera juga tau bersahur dengan asam pedas, sebab ada rasa masam2 pedas dan manis sikit. Ada pulak sawi jeruk dalam dia, aduhh, meleleh gitu. Serba ringkas saja asam pedas ni. Mat guna ikan caru, kalau guna ikan kembong pun sedap. Ikan pari lagi sedapp. Nak linkkan satu entri yang pada mat bagus sebagai bacaan kat sini....sudi2kan lah.. Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan cencaru
5 kelopak sawi jeruk cuci potong dan rendam
10 biji tomato ceri
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 cawan jus asam jawa
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan cencaru disiang, buang kulit kerasnya, kerat dua setiap satu, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingg wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak.
  2. Tambah serbuk kunyit, tumis sekejap lagi dan masukkan air secukupnya. Bila mendidih masukkan jus asam jawa, ikan dan juga sawi jeruk (tos dan perah). Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah gara, secukup rasa dan secubit gula, kalau nak guna serbuk perasa pun boleh. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

11 comments:

bersama kak Es said...

sahur pun menu best CMG nih...
nak tumpang la dok sana sebulan hahaha :)

bersama kak Es said...

ramai yang nak dapat baby kali ni kannn.. lepas ni CMG kena buat menu khas utk org berpantang pulak , special request nih :)

Zulfikar Hazri said...

kompom hari ni nak gi cari jeruk asin....

lama dah tak makan... masak dalam asam pedas..

sodap...

cik pulau said...

penuh berselera ni.
sy td sahur dengan sayur air je..huhu

Mas said...

sabo jerk tengok asam pedas tu...
mengeliurkan betoii....

Azita Zain said...

Baru je balik dari rumah Nor@SecubitGaram...pose asam pedas gak. macam janji2 jer CM dgn Nor ni...

||aLeaSaRa|| said...

slm pagi CMG!kite org muo mmg fav lah asam pedas,atok kite masak lain sikit.sama macam CMG juga ada bawang yg dihiris dan ditumbuk.atok kite dia tumbuk juga lada merah dan lada hijau,bersama bhn2 mcm CMG punya resipi.cili kisar pun ada pakai.puas kite buat macam atok,mmg jadi tapipelik msh tak smaam macam atok masak,puas sedara mara,mak kite sdri pun tanya apa lagi yg atok letak,sebab sedap asam pedas tu pekat.owh atok letak sikit sos tiram,sikit je....mmg sedap!!!

p/s-->teringinlah nak makan CMG masak...mesti kite tambah 4 pinggan nasi hehehe...

cik cek said...

Emmmm...fav kak cek ni...sedapnya asam pedas...dpt dah idea nak masak apa ptg ni...masak asam pedas versi CMG lah...simple je....:)

Rozita said...

suke request kak es tu... i like!

kalau leh buat yang best2 cam lempoyang tu ke cik mat...

Iffah Afeefah said...

erm teringin nk makan msk asm pds onyang

huhu

JIJI YU said...

hamboi sahur die

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.