BEN ASHAARI

Saturday, July 9, 2011

TUMIS CENDAWAN DENGAN KERANG..

P1290766
Bertemu kembali, kali ni mat share satu resipi paling ringkas dan mudah, kena hidangkan segera. Sebab ianya cepat dimasak.Sebenarnya ini masakan darurat, sebab nak cepat. Mat agak kesuntukan masa. Jadi mat cempak2 apa yang ada saja. Tapi kan not bad ok rasa dia sedap. Mat guna cendawan tiram dalam 500 gram dan 1/3 cawan isi kerang. Kalau anda nak guna udang pun ok, tak de masalah. Mat letak beberapa biji cili padi yang diketuk sebagai perisa pedas. Ok tatau nak cerita apa lagi dah..kita semak resipi yeaa...Jomm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cendawan tiram, kalau besar di belah 2, cuci, dan toskan, perah sedikit
1/3 cawan isi kerang
1 biji bawang besar hiris
3 biji bawang putih, diketuk
8 biji cili padi merah thai, diketuk
1 camca besar sos tiram
Garam da secubit gula
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga harum dan layu. Masukkan kerang, masak sekejap dan tambah sos tiram dan sedikit garam serta secubit gula. Kacau rata.
  2. Masukkan cendawan, kacau dan tuang air, masak sekejap hingga cendawan lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan tabur hirisan daun bawang sebagai hiasan...Hidangkan panas..

7 comments:

JIJI YU said...

akhirnya..dapat jugak resepi nak menghabiskan kerang dalam peti..

fiq. said...

gambar saja dah terliuq,,,, cendawan ada la, kerang xda stock, any other seafood yang boleh replace?

Kalamhati said...

Huwawawaaa sok kena pi cari kerang nii..mekasih Che Mat!hehe

Lysha said...

Great,simple but definately a must try..thank you..huya

miss nur mohamad said...

oke simple dan best sgt rupa die.will try diz next time!tengs ya 4 da sharing

Niena Pengembara Ilahi said...

niena suka makan kerang :D
tpi xpnah mkn cmni, nti nk try :D

Niena Pengembara Ilahi said...

niena suka makan kerang :D
tpi xpnah mkn cmni, nti nk try :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.