BEN ASHAARI

Tuesday, July 12, 2011

SPAGHETTI OLIO TUNA..

P1290788
Salam dan bertemu kembali, ni sebenarnya kan mat buat ini untuk sarapan pagi, tapi post dah lewat petang sikit. Mula2 nak post tengah hari, tapi rasa tak sesuai pulak, jadi mat post lah waktu2 macam ni. Spaghetti Olio ni kira cara masak paling ringkas dan rasa dia asli. Mat selalunya suka letak buah zaitun dan jeruk capers tapi kehabisan stok pulak. Yang ni mat letak tuna, capsicum dan bahan2 lain. Satu lagi mat guna spaghetti jenis halus tu apa orang panggil angle hair. Pstt nampak tak helaian daun atas spaghetti tu?..Kalau nak tau itu lah daun"Basil". kalau yang tempatan tu kita panggil sweet thai basil.. Yang ni mat beli kat JJ, ada jual dalam pasu2 kecil, kira tumbuhan dengan subur. Sesuai untuk hiasan dapur juga. Ok jom semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak spaghetti
1/4 biji green capsicum, dadu
1/4 biji yellow capsicum, dadu
1/4 biji ren capsicum, dadu
1 biji plum tomato, dadu
1 tin ikan tuna, toskan dan pecah2kan isinya
1 biji bawang holland, dadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh Italian mix herbs
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
Basil segar, untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air hingga mendidih, letak sedikit garam, kemudian masukkan spaghetti, rebus hingga lembut atau mengikut arahan pada paket nya, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan hirisan bawang hollan, bawang putih dan juga tomato plum tadi, tumis hingga semua layu. Masukkan lada hitam, Italian mix herbs dan capsicum hijau/kuning. Kacau rata dan biar capsicum lembut.
  3. Masukkan tuna, kacau dan tambah spaghetti, gaul rata dan tabur sedikit garam, sambung memasak untuk seketika lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur herba basil segar sebelum dihidangkan...

13 comments:

H.J said...

abang mat tak pergi ambik award eh..hehe..

JIJI YU said...

kenapa papa tak pergi sobs3

Niena Pengembara Ilahi said...

best :D
klo letak cheese msti lgi best :D

rara pinkmafia said...

lapa lapa lapa.

Deliah's Deli said...

ada ke mg bt posting tntng kitchen garden mg? daun atas lasagne smlm tu daun apa? :)

Sunah Sakura said...

bior lah papa tak gi... ehhh, komen makanan ok..

oh, boleh eks tak letak capsicum~ :D

Pembawa_Wacana said...

ni yang rasa nak makan nie...

Sis-Lin said...

mesti kenyang si anak dara tu balik Kemaman kan..he he he he

Mat...malam ni ko mesti menangggggggg!!!

bersama kak Es said...

owhh.. daun basil tu kita boleh tanam ek ?
kak es tgk live masa kat cameron. ingat tanah tinggi hawa dingin je boleh ?
Kat JJ brp RM che mat ?

Mat Gebu said...

@ kak es - 1 pasu kecik tu kalau tak silap rm 3.50

akuanakpahang said...

Salam CMG, semoga anda ceria sentiasa :) * lama tak singgah karam didaratan :(

ibundo said...

salam mat. boleh masuk dalam list. tq.

bersama kak Es said...

alaaa..JJ kat sini tak dak pulak. dah pegi semalam. Kat mana lagi ek ada jual ?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.