BEN ASHAARI

Wednesday, July 20, 2011

SARAPAN UNTUK MAMAT BLURRR......

P1290983
Salam pagi Rabu semua, pagi2 lagi cuaca dah panas...nak masak pun mood tak de ni, blurrrr, mat rasa macam nak cuti jee masak, duduk bermalas2 sambil minum teh dan baca buku2 masakan..wahh buku masakan lagi, mana tak nak masak saja. kan. Pagi ni tadi bonda buat jemput2 kelapa, tapi kan macam tak berapa nak lalu pulak tekak, pi jengah2 peti sejuk, korek sana, korek sini, keluarkan beberapa barang dan makanya terjadi lah menu seperti dalam gambar di atas. Senang kata mat bagi nama Spaghetti berkuah tomato. Tapi mat guna pasta leper2 tu apa kebenda pulak nama dia....sat eks pi tengok kat paket dia.....Ooooo pasta "Fettuccine" nama dia. Ok gak kan, lawaa, mat buat dalam 80 gram pasta yang belum direbus..kira makan untuk sorang, dan pinggan putih lawa tu hadiah dari Ady Budika masa dia datang rumah mat sedikit masa dulu..thanks Ady....Kita semak resipi pulak yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram pasta yang belum direbus (mat guna pasta "fettuccine)
8 helai herba Basil segar, cuci dan toskan
1 biji tomato merah, cincang halus
4 biji cili padi, cincang halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos tomato
1 helai bay leaf
1 batang leek, hiris halus
1/2 kiun pati ayam "maggi"
1 batang sosej ayamas, potong kecil
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket. Mat suka lembut sikit. Toskan dan gaul pasta lagi dengan minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyaj zaitun dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang puith, bay leaf dan cili padi hingga layu. Masukkan tomato dan tumis hingga tomato lembut. Tambah sos tomato dan sosej, kacau dan masak sekejap.
  3. Tuang sedikit air (1/3 cawan macam tu), bila mendidih, perlahankan api. Renih hingga pekat. Masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Letak, pasta dalam pinggan sesuai, tuang kuah atasnya, tabur dengan herba basil segar dan sedikit serbuk lada hitam. Hidangkan.....

12 comments:

Isteri Encek Bard said...

lovely spageti tomato...

Niena Pengembara Ilahi said...

sedapnye.... :D

mampu tgk je laaa

Niena Pengembara Ilahi said...

sedapnye.... :D

mampu tgk je laaa

Sis-Lin said...

lawo pinggan dn sedap suara bila mkn spaGETI NI....HAHAHAHAHS

JIJI YU said...

huuu sedihnye tgk gambor ni

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

emmm yummy....

Sunah Sakura said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... tak post kat wall saya ponnnnn... T___T

azila said...

telan air liur....laparrr.heheh

Miaainis said...

sedapnyaa....kena cuba nih =)

zuwaidah said...

boleh pandang dari jauh je laaaaa

Oh Oeya said...

C'Mat.. Mai sepinggan..

FareezVanFillers said...

pwergh...terliur diwatnye..heheheheheh kalo de mase jguk lah blog saye ye..heheheheh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.