BEN ASHAARI

Monday, July 4, 2011

LEMAK PUTIH NANGKA MUDA

P1290614
Salam petang semua..aduh minta maaf sebab dah lewat baru masukkan entri. Mat sakit mulut (ulser) lah sejak semalam, jadi hari ni mood agak ketat. Memasak tu memang lah kena buat, tapi tak delah hebat2, setakat lauk2 mudah dan senang. Pagi tadi atas perintah, mat masak nangka muda masak lemak putih. Mula2 malas nak masak, siap tanya kak ummi kuantan, dia pun dah mula "tanjat2 juga"...haha, akhirnya mat masak saja lah...dah malas nak fikir. Masakan macam ni kena ada sambal belacan dan ikan masin/goreng, baru ngam. Ngantuk sebenarnya ni, ok lah mat tulis resipi mudah ni....JOmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda, potong kecil dan rendam
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air secukupnya
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garm secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan nangka muda (toskan) ke dalam periuk bersama bawang merah hiris, bawang putih, serai titik dan juga udang kering, gaul rata. Tuang santan cair hingga nangka tenggelam, kalau kurang tambah air. Masak hingga mendidih, renihkan hingga nangka lembut.
  2. Tambah daun kuyit dan pati santan. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula, kalau nak guna serbuk perasa pun ok. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  3. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin@ikan goreng....

6 comments:

azila said...

terliurnya..balik kg jer leh rasa mkn gini..huhuh.

bersama kak Es said...

mak aiihhh.. susah nak dapat masakan ni kalau tak masak, kalau masak pun susah gak nak cari nangka tu.. (alasan boleh terima ttak)

Asyifa Mustaffa said...

ala sdapnya....:) lama x mkan....mak slalu msak dlu2 masa dok kg...sbb bnyk nangkanya...skrng..da x de...nangka muda pun da kene beli....huhuhu....

Lagenda Teragung said...

sedap nieeeeeeeeee

JIJI YU said...

haha..nangka tak berbuah lagi ni..

Andrik McVean said...

sedapppp tul lah mat gebu masak nangka....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.