BEN ASHAARI

Wednesday, July 13, 2011

KUE TEOW KERANG UNTUK ENTRI TERAKHIR...

P1290824
Entri pernuh kontroversi malam ini, mat akhiri dengan kue teow kerang. Mat goreng 500 gram kue teow petang tadi. Sebenarnya tujuan mat goreng ni, nak bagi pada anak2 buah, mereka suka makan kue teow kerang, tapi dengan syarat jangan pedas sangat, lite2 sudah lah, budak2 kan mana lah tahan pedas. Mat masak ringkas saja, cuma letak kerang, taugeh, kuchai dan telur sebagai rencah, yang tu nanti kita tengok kat resipi dia yea. Satu lagi mat nak bagi tau, isu pasal Kongsi Resipi tu mat anggap selesai dah, sebab puan tu sendiri telah memohon maaf secara peribadi..tak pelah dia minta maaf secara baik, kita sebagai manusia yang tak sempurna pun sepatutnya memaafkan, kesilapan berlaku tanpa kita sedarai...Jadi kita tutup buku kesah tu dan mat akan delete entri pasal tu nanti...Sebelum tidur ni apa kata cuci mata dengan kue teow kerang ku ini....hmmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam isi kerang
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
10 pokok kuchai, kerat pendek
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
Sos ikan secukupnya
Hirisan cili merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tiram dan kerang, kacau rata. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras. Kacau hingga hancur dan gaul rata2.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit sos ikan. Kacau dan masukkan kue teow, gaul rata. Tambah taugeh dan kuchai, kacau hingga semua mesra, jika nak warna lagi gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masak sekejap dan rasa, jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan. Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili sebelum dihidangkan...

13 comments:

H.J said...

dah gian lama dah nak makan kuew teow kerang ni..eee..geramnyer.hehe

Niena Pengembara Ilahi said...

suke2 :D

da lama xmakan.. klo wat biasa letak taugeh lbih sikit

JIJI YU said...

bestnye..

Iffah Afeefah said...

papa tiri ni memang best! msk pe je cntikk

Sis-Lin said...

alhamdulilah...selesai sudah..
makan pun sudah..kes panas pun sudah...

Noti tau! lain kali jgn bt lagi yek dik nun..he he he

BiNtaNg HaTi said...

tetiba lapo la plak tengok kue teow kerang ni...haishhh!!!

NURUL NADIAH MAMAT said...

tq abg mat ats resepi nie...
dah lama nak wat tapi xpandai..hee...

MamaFaMi said...

Kejam betul ropa kue tiau ko ni... Menyiksa jiwa dan raga.

MakSuSuE said...

Mat ...apa Panasonic sedikit minyak...hahahah..ko tido ke apa...

Mat Gebu said...

@ mak su - hahahha. mengong..ok dah edit balik, thanks mak su..lep u!

anitadiana said...

en.mat..ita suka tenguk blog en.mat ne..dulu suka tengok blog hana...sekarag hana dah balik malaysia..dah bezy kot...jarang dia up-date blog..nak tanya en.mat pakai cemera apa..cantik sungguh pic..dan sungguh menyelerakan..he..he

Nur68 said...

As'salam CMG, amboi kwayteow goreng ni lite2 ye, tak nampak pun lite2 nye kat mana, bukan nak lite2selera nengoknya, makin high plak selera tgk kway teow ni...hehehe...tensionnn!!!...

IdaSahman said...

Salam CMG,
even saye baru melepak kat cni dah rase terkucil air liur ku.sdpnyeee..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.