BEN ASHAARI

Sunday, July 17, 2011

KHAS UNTUK KANAK-KANAK...

P1290905
Salam, hehe, nama je khas untuk kanak2, tapi mak pak dia pun boleh gak sapu makan sama. Ini cuma daging kicap halia, tapi kanak2 suka sebab rasa dia tak pedas dan kurang berempah. Hari ni anak2 buah mat ada bersama, jadi mat masak lah ajak dia orang santap sekali. Masak pun dalam 500 gram, sebab ni daging jenis pejal, kenalah mat rebus hingga empuk bersama halia dan bawang putih. Mat tinggal kan 4-5 ketul daging bersama sedikit sup untuk anak buah yang kecil sekali tu... Budak2 ni selalunya suka yang simple, tak nak yang terlalu berempah dan pedas (dalam gambar tu cuma bagi perhias, mat tabur lah cili hiris).. Hmm sejak2 ni serius lah, nak tulis entri rasa macam hambar....moga kita lebih bersemangat lepas ni, insya Allah....Jom semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging pejal, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia tua, hiris nipis*
4 ulas bawang putih, dititik*(*direbus hingga empuk)
1 inci halia muda, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
3 ulas bawang putih dititik
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap cair
Hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan halia muda dan bawang putih hingga harum, masukkan daging rebus tadi (asingkan stoknya) dan goreng sekejap. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air rebusan daging tadi, masukkan leek (toskan dahulu) dan bawang besar. Masak dengan api sederhana hingga bawang dan leek lembut tapi masih rangup. Rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah untuk hiasan. Hidangkan...



10 comments:

Sunah Sakura said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeee daginggggggggggg! mengidammmmmmmm!

Sis-Lin said...

Mat..ni dh ala2 mcm daging godok kan...cuma godok pedasss...he he he

JIJI YU said...

hamboi sunah mengidam..wakak

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer..ngidam pulak nk daging masak camni...huhu

Famili Ceria said...

MasyaAllah...sedapnya...

Entri Menarik Di Sini:
1)Iphone 4 Boleh Jadi DSLR??Jom tengok..

eda said...

CMG ~~ pernah tak try masak ratatouille mskn stew sayuran french tu ??????

dzafira said...

Budak2 mmg suka masakan berkicap... ;)

Isteri Encek Bard said...

huhuhuhu lama sungguh tak makan daging... petang nie nak beli daging nak cuba resepi ini, kebetulan plak umah ieb ada adik ipar yang tak leh amkan resepi.. leh cuba resepi mudah nie... Tq CMG

Rozita said...

lama x makan daging masak kicap... kalau buat black pepper pun sedap kan cik mat..?

cadar cotton said...

sedapnyaaa lauk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.