BEN ASHAARI

Monday, July 11, 2011

KERABU IKAN TONGKOL....VERSI "KAK NOR".

P1290770
Assalammualaikum, salam Isnin semua, hari ni 11 hb kan, esok 12hb kan..huhu cepatnya masa. Hari ni share resipi mudah tapi sedap. Mat buat semalam, tapi kan semalam mat cuti dan tak on laptop langsung, keculi malam tadi masa balik tu, mat on kejap. Kerabu ikan tongkol versi kak nor secubitgaram, di sini, mat suka lah, sebab ada tomato dan hirisan kacang botol, rasa macam balance je dengan rasa asam, manis dan kelemakkan ikan tongkol tu. Sedap dimakan bersama nasi panas, makan lauk tu saja pun dah ok..sedap. Tapi tulah seperti mat selalu kata, sedap pada tekak kita tak mungkin sama dengan orang lain. Citarasa kita berbeza2 kan. Apa2 pun anda kalau ingin cuba sesuatu yang agak lain, boleh juga ganti dengan ikan kembong, atau tenggiri...Ok kita semak resipi dia......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ikan tuna/tongkol saiz sederhana, dibersihkan
2 labu bawang besar, hiris halus
2 biji cili merah, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
Sedikit jus asam jawa + secubit belacan = diramas
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya
6 batang kacang botol, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah dua, cuci dan lumur dengan sedikit garam, kemudian bakar hingga masak pada kedua-dua bahagian. Kikis keluar isinya dan ketepikan.
  2. Satukan isi ikan tadi dengan bahan2 diatas, perasakan dengan bancuhan asam jawa + belacan, garam, gula dan jus limau kasturi secukup rasa. Hidangkan segera bersama nasi hangat..hmm i likee!!

13 comments:

Ummi said...

Mat, pos sini sikit, akak malas nak buat sebab anak2 susah nak makan kerabu2 ikan camni....kalau jenis sayur2 tu ada la jgk diaorg jamah...huhuuuu

Sunah Sakura said...

ouhhh...kenapa ya air liur ni meleleh.. selalu tak camni.. err..

Niena Pengembara Ilahi said...

wah sedap nye.. erm.. msa kt kmpung mak slalu buat ikan tambang,ikan yg banyak tulang2 tu..wat kerabu,tpi ikan tu xmasak,letak asam limau je banyak2 cmpur bahan2 ni...utk bulan pose ni sesuai la ^^

Isteri Encek Bard said...

aduhai tergugat iman ku berpuasa...

Asmara said...

eh manarik la cik mat! selalu je ada tuna, kalau xde lauk sangat boleh je jadikan menu utama ek. thank you cik mat!

Deliah's Deli said...
This comment has been removed by the author.
H.J said...

mangkuk pom bergigi...mmg padan la nga kerabu tu..haha

Sis-Lin said...

Ye la...semalam soping x hengat nak balik..hahahahaha

Pstt aku pun suka..tp kerabu kacang botol dgn ikan bilis rangup! perghhhh shedapppp!

zuwaidah said...

makan nasi kerabu ni kenyang sampai ke malam....jimat tu cik mat

K.Nor said...

salam che mat, k.nor kalau buat kerabu ni dah cukup makan dgn nasi panas, tak perlu lauk lain dah.. dah complete rasanya.. dgn sayur dan protein dlm tu kan

JIJI YU said...

papa..ni anak dara ke yang tolong hidangkan

ibundo said...

salam mat. sedap ni..

bersama kak Es said...

patut la nak kawennnn si jiji ni. rupanya ko tackle anak dara che mat ek.. nnti akak bagitau umiiiii

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.