BEN ASHAARI

Sunday, July 24, 2011

BISKUT SUJI BRUNEI....ATAS PERMINTAAN...

Biskut Suji Brunei
Salam pagi Ahad..Ok..ini entri ni bukan resipi baru, tapi ulang tayang balik atas permintaan teman2 di FB dan juga geng2 blog masakan. Mereka PM mat dan ada yang kata tak dapat lahh nak cari kat blog DTS tu...Hmm, jadi sebab mat dah bangun terawal sebab aku tidur pun terawal, elok lah kiranya mat ulang tayang balik... Resipi yang kira hangat tahun lepas, ni disumbangkan oleh "Harlina Mahdar RN", buat dia senang dan tidak memerlukan kerja yang banyak, apa yang anda perlukan, kena ada paper cup bersaiz kecik yang lawa...kalau nak sweet lagi ala2 anak dara, guna macam mat pakai tu. Anak buah mat dulu masa tengok mereka kata, cantikkknyaaaaa "Bekas" kueh ucu...hahaha..betul gak kan, biskut dia kan ala2 guli saja, yang menarik paper cup tu... Mungkin anda kepingin membuatnya kali ini...mat kopipes resipi dia...Selamat mencuba!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji (semolina)
80 gram tepung jagung (mat guna jenis dalam tin, cap kupu2)
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil dan
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna alat penekan yang dipasang nozel berlubang besar (1 cm). Mat tekan panjang2 dan kerat pada saiz kurang lebih 1 cm atau lebih sedikit, kemudian baru kita gentel bulat2. Bertujuan untuk mendapat saiz biskut yang sama besar....

9 comments:

Amie said...

selamat hari raya mat....

Sunah Sakura said...

waaaaaaaaaaaaaaa..pukul 3 pagi ke buat????

sonata anak kancil said...

boleh buat ni...tk kongsi resepi- C&P resepi

Mat Gebu said...

@ amie - selamat hari raya..

@ sunah - hahaha, amboihhh...ini tahun lepas nya gambar lahh..pcm re-post balik, sebab ada yang kata tak dpt cari kat DTS..

@ sonata - yep. simple dan anak2 suka sebab ada gaul dengan susu tepung..

Ell Joella said...

baru terpk nak godek resepi kat tenet arini.. da 1minggu pk nak buat ke tak.. bukak2 nmpk post ni yg atas skali.. mmm, senang keje L. tima kasih cik mat.. arini jugak pecah rekod baru post comment, selama ni dok jd silent reader je.. :)

~~zAnAfAhMi~~ said...

CMG, ni soalan serius ni....akak tak tau mcmna rupa suji tu?

HelioMiAmo said...

Thanks sebab share lagi dan biskut memang sedap lemak dan rangup.

dalilla said...

Mat, disebabkan terlalu gemar makan biskut, i dah bg resipi biskut suji brunei nih kat my friend utk dicuba... semlm dia bwk bg i makan.. WOW... sgt sedap, enak, biskutnya ranggup dan cair di dalam mulut.. terima kasih banyak2.... banyak pahala u dapat :D

HomeKreation said...

Aslmkm Mat. Along dah cuba respi ni, mmg marbeles...! Maceh Mat kongsi respi. Along share kat blog Along pula ya.