BEN ASHAARI

Friday, June 10, 2011

UDANG SOS STRAWBERRY....CERITA BETUL!!.

P1280886
Entri terakhir, malam ni mat share satu resipi derhaka tak hengat si mat gebu. Tadi chat dengan Puan Azila, siapa tu, hmm korang cari sendiri. Masa chat2 tu tanya zila, kalau masak udang dengan jam strawberry ok tak?..Waaa, zila kata CM try dulu, esok2 kalau sedap dia pulak buat. Tuu diaa pengsan kan, apa2 aku try dulu, yelah dah akunya idea. Ok mat pun cari2 dalam peti sejuk mula tak de dah jem, sekali tengok ada 1/2 botol jem lagi ..waa sudah bagus, jadi mat pun buat lah. Sebenarnya ini benda biasa, teringat dulu kak Nita Sarawak pernah cerita artis Rahimah Rahim, kalau masak sweet sour dia letak jem..haha, tu dia, kira aku niru Rahimah Rahim leer gamaknya yoep....ada ke aku kesah..kann...dah jom semak resipi, sebelum tu apa kata undi DTS kat sini dan juga jiran mat kat sini....Terima kasih yea.

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 15 ekor udang saiz besar, siang dan cuci bersih, toskan
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
5 biji strawberry, belah 2 setiap satu
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar, belah 8
3 ulas bawang putih , dititik
3 camca besar penuh jem strawberry
1 camca besar sos cili thai
Garam secukup rasa
1/3 cawan air
Hirisan daun kuchai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digaul dengan sedikit garam dan kunyit, goreng 30 saat, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili thai, jem strawberry dan leek. Kacau rata.
  2. Masukkan udang, dan semua jenis capsium, gaul rata dan tambah air, masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, dan akhir sekali masukkan strawberry. Gaul rata dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan.

14 comments:

Afifi said...

wah sedapnya.. dh lme xmkn udang.. nak gak

JIJI YU said...

umi tgk tadi pon umi cam terkujat..

Miss Ran said...

pcm sedap ke

rase cmne..nk kene cube ni

bersama kak Es said...

jem pulakkk!!

aiseyyy..semua benda kat dalam peti tu leh jadi resepi yg baik ni kalau dapat kat CMG

mesti sedap kan ada rasa masam manis. Kak Es suka masakan mat yg letak nenas...

Kak Sam said...

Kalau ada buah strawberi mesti lagi sedapkan.

`Izzati Idris said...

pernah cuba ayam masak strawberry masa kat oversea,time winter buah strawberry banyak sgt.sedap. =)

KayNisa said...

pok cik mat ni mcm tahu2 je skg sy duk resah gelisah dengan jem stoberi nan sebotol.. dah la xsuke makan jem, udang pun ada btapa lam peti es. leh try.. thanks pok cik mat!

Sunah Mohammad said...

erkkkk! lain dari yang lain! okehhhh...pengsan sudah...selamat malam pcm!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

lain dari yg lain....

alamanda said...

mcm terasa terasa je kesedapan lak nih.... hmmmmm... enak banget. tq mat.

Double N said...

pakcik mat.. nak request.. norfa dah lama nak makan otak otak kempas..tapi kat ganu takde..so skrg cari resepi kat google takde.. boleh pkcik mat bagi resepi tak? heh

ShashaCatering said...

Mmmm... Tak pernah rasa dan dengar.
Kalau Cik Mat buat, tentu sedap kan... ;)

Peri PiA said...

resipi hebakkk

Mat Gebu said...

@ afifi - perghh..kenapa koo tak makan udangg...kalau gatal, jgn lupa makan ubat beb..

@ jiji - hahaha, adehh mak guaa pun terkujat gak beb bila dia tau.

@ miss ran - haha sedap ke tak tu tatau lah, tapi kalau time lapo, sedap banget dehh..

@ kak es - saya pernah masak sekali dulu ikan, guna jem, itu pun cadangan chef norzailina nordin..

@ kak sam - ada tu kak, dalam 4-5 biji belen, kalau ada lagi, kita kisar je buah tu guna.

@ izzati - tuu dia, sorang lagi pernah try..

@ kaynisa - yeahh apa lagi boleh test try cuba..

@ sunah - hahah, pengsan kan, dah kata dahh..

@ naimatu - memang lain kann..

@ alamanda - memang terasa's sekali yea..

@ norfa - insya allah dah ramai gak yg reQ..

@ shasa - senang2 nanti boleh cuba, insya allah rasa dia sedap.

@ peri - kannn....tapi biasa2 jee..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.