BEN ASHAARI

Friday, June 24, 2011

SOSEJ....ala....TERIYAKI

P1290375
Ni kali mat letak satu entri resipi khusus untuk anak2, tapi kalau orang dewasa nak pun tak de masalah, boleh je, mat pun ambik gak 1 tadi rasa..hehe. Resipi ni dulu mat pernah buat, rasanya ambik kat blog Kak Ummi Kuantan. Buat dia memang mudah dan cepat. Selain boleh dihidangkan bersama nasi, boleh juga makan dengan roti. Sebab ini manyak cepat mau bikin punya resipi, mat gebu pun tulis sikit sudah lahh..Ok jom semak resipi dan terima kasih mat pada kak ummi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 batang sosej ayamas, kerat 3 setiap satu (mat guna 1 paket = 10 batang)
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap ABC Heinz (letak 1 camca besar saja)
1 camca besar sos tiram
2 camca teh cuka makan
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
Sedikit minyak
1/2 batang leek, dikerat kasar
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
  2. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan gula. Masak hingga pekat dan kering. Tambah leek dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam (mat tak letak garam).
  3. Alih dalam pinggan sesuai, dan hias dengan taburan daun bawang dan cili merah. Hidangkan bersama nasi atau roti...

17 comments:

::blog anak jawer:: said...

selalu sosej goreng je pastu makan...tengok cantik pulak sosej buat mcm ni...

-Yok mampir diluk = serang balas artikle menghina UIA...

Nadya O'Conner said...

sedapnya..nak makan r..:)

::fadxieza:: said...

yummy!sedapnye..
lapo ni..

JIJI YU said...

pastikan brand ayamas ye...

maiza love said...

amboi sedapnya..

bersama kak Es said...

koktel ayamas sedap layan gini di watu petang

CT said...

sedapnyaaaa....:)

slumberdek said...

sedap yer.....kasi sikit untuk lounch tgh hari ni blh. keh keh keh

Cik Puan Nurul said...

wahhh sedap tu makan ratah gitu jelaa huahuhaaa mau gak jap g pi kedai beli sosej

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

bole cuba untuk ank nih...selalu goreng biasa je

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhhhhh!!!!!!! menggoda'ssss!

Abah Yie&Ummi Na said...

memang sedap :) sesuai utk berkelah hehe

ShashaCatering said...

Memang simpel dan sedap ni.
Kalau nak cepat makan mungkin lapar sesangat, boleh la wat ni.
Sedaaap...

Beautis blog said...

simple dan sedap...wau...

tiefazatie said...

ifa sllu hentam masuk sos cili thai n blackpepper je..haha

aboyandnick said...

Ha... hari ni kami keluarkan pula pasal Ice carving.mesti sgt bestkan. teruja tak dengar pasal ni?
Ok.. nak tau lebih lanjut dan nak tengok ukiran2 yang menabjubkan jom kita sama2 tengok disini:
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/06/ice-carving-is-fantastic.html
sangat teruja kan... kami kongsikan bersam anda. Enjoy semua...
JANGAN LUPA FOLLOW OUR BLOG... Takkan menyesal punya...

Ryan D said...

kalau sos ala teriyaki lagi sedap gunakan kicap Kikoman..lagi siok

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.