ROTI LAPIS DAGING BERKEJU...PENGSANN!!!

P1290401
Assalammualaikum, salam semua, selamat bertemu kembali. Hmm, mat saja menyepi sekejap, cuma sehari saja. Anda sihat ke?, Dah makan tengah hari?..Kali ni entri nak share satu resipi mudah dan ringkas, ni kes nak perabih baki roti dalam 5 keping. Mat nak buat dari tu hari lagi, tapi rasa tak berapa nak rajin. Hmm, tak pe buat juga lah sebab bahan2 pun dah ada, roti pun dah dok diam dalam peti sejuk, takut lama2 kang keras kejung pulak. Sebenarnya buat dia mudah saja, simple. Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, boleh buat dua kali ganda...

P1290405
Sedap dimakan bersama sos kegemaran atau dimakan begitu sahaja. Kalau makan masa minum petang pun sedap, sarapan pun ok juga. Daging tu mat guna daging burger ayam, kalau anda nak guna daging lembu pun ok, atau boleh test tuna dalam tin, tu bagi mereka2 yang tak makan daging. Mat guna acuan roti saiz 4 inci x 9 inci x 4 inci. Kalau anda guna apa2 bekas sekali pun, pandai2 lah adjust yeaa...Mat tulis resipi dia..kita sama2 lihat..

BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dihancurkan
6 kuntum cendawan butang segar @ dalam tin
1 camca besar rata rempah kari, bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang
1/2 biji red capsicum, didadu kecil

BAHAN LAIN :-)
5 keping roti sadwich (mat guna roti gardenia)
5 biji telur
4 camca besar whipping cream @ susu sejat
Serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan parutan keji cheddar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 4 inci x 4 inci x 9 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan lenser juga aluminium foil tadi, pastikan aluminium foil berbaki pada bahagian kanan dan kiri tin, ini memudahkan anda mengeluarkan roti tadi bila masak. Ketepikan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari dan tumis sekejap. Masukkan daging buger dan masak hingga berubah warna. Tambah hirisan cendawan dan capsicum, kacau rata. Jika perlu tambah sedikit air dan secubit garam. Masak hingga kering dan sejukkan.
  3. UNTUK ROTI LAPIS DAGING BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C. Telur disatukan dengan whipping cream @ susu cair, tambah sedikit serbuk lada hitam dan kacau rata. Susun 2 keping roti pada dasar tin, kerat 1/2 bahagian roti lagi dan isikan dalam ruang kosong. Tuang 1/2 bancuhan telur + susu + serbuk lada hitam tadi, biar sekejap dan tabur 1/2 bahagian inti, rata dan juga 1/2 bahagian parutan keju. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dan permukaannya kelihatan kuning keemasan. Sejuk dan hidangkan bersama sos kegemaran anda...

Post a Comment

15 Comments

  1. ada lagi CMG

    ayu singgah ya..
    hehehe..
    menyelerakannya

    ReplyDelete
  2. jangan pengsan dulu..bak mai sini 3 piring ye

    ReplyDelete
  3. Fening.. fengsan terus hehe.. looks delish cik mat!

    ReplyDelete
  4. Salam che mat.Sedap nampkanya resepi ni.kalau makan pagi kenyang sampai tengahari kot.

    ReplyDelete
  5. Emmmm...tergodanyaaa..rasan nak kena buat jugak laaa skrg ni...talak dgn nasi laaa...

    ReplyDelete
  6. tabek springgg la. dari daging burger awak boleh buat macam!!! creative sungguh! patut masuk bertanding pertandingan Chef!

    ReplyDelete
  7. tertitis air liur atas keyboard...

    ReplyDelete
  8. pcm!

    keju ke keji

    adeh hehe

    unikla

    ley try

    ReplyDelete
  9. wow!!! kelihatan teramat besttt! sedapnye... nak jugak

    ReplyDelete
  10. che mat.. saya nak minta izin pinjam gambar dan resipi. nak buh dalam group pemakanan sihat anak di FB.. nanti saya creditkan ke blog che mat yeh =)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.