LEPAS NI TAK NAK DAH.....HUHU..

(Gambar Ehsan Google)

Salam semua, hmmm, tiba2 kan hati mat rasa tak berapa sedap..ntah sebab apa. Perasan tak sejak2 ni mat tak letak dah traffic atau benda2 macam tu kecuali referral dari mana traffic mat datang macam entri yang ini. Bukan apa serius mat cakap, bila kita tayang2 traffic, memang niat kita ikhlas nak kongsi dengan blogger2 lain atau blogger2 muda dan bagi semangat utk mereka berblog, tapi secara jujurnya berapa kerat sangat yang kata kita ikhlas?..Mesti ada yang kata kita nak menunjuk lah tu...show off...atau berlagak...kira bajet bagus punya. Dalam diri sendiri pun ada kala kita akan terasa secara tak langsung "eh ..hebat juga blog aku"...atau..." ha biar orang tau, apa ingat blog aku tak bagus ke!"..hmm terasa macam "riak" pulak....kan, tapi itu mat lah rasa, bukan nak kata kat sesiapa, tapi pada diri sendiri...


Mat kadang2 macam nak balik seperti dulu, masa blog masak2 kami agak hijau, nak share apa2 pun ikhlas, bukan nak kejar traffic segala. Satu lagi pasal komen, pernah juga yang tegur kata, blogger2 lama kurang dah komen kat n3-n3 mat. Alah tak kesah, sebab mereka masih beri sokongan pada DTS, mat tau lah, walau pun mereka tak komen, kita perlu sedar, jika masakan ulang tayang yang kita letak, mesti lah blogger lama yang pernah mengikuti blog kita sejak dulu, tak nak komen berulang kali...kita kalau nak demand pun agak2 laa, jangan melampau terus nak sekali entri 20 - 30 orang komen...apa yang mereka tulis atas dasar keikhlasan, pandangan dan pendapat, jadi isu ini tak delah besar sangat, cuma mat perasan ada segelintir yang begitu kecewa jika blog mereka kurang orang beri komen, walaupun pada hakikatnya adalah perlu tapi jangan sampai jadikan ia satu isu besar, tiada komen tak bermakna tiada yang singgah atau baca entri anda...


Ok lah...minta maaf jika entri ini mengganggu anda di waktu2 macam ni, akhir kata salam sayang dari DTS-MAT GEBU..ampon dan maaf jika ada yang terasa dan tersinggung. Kita manusia ni mana ada yang sempurna, kadang kala asyik nampak kesilapan orang lain saja..hingga kita lupa diri sendiri pun melakukan kesilapan....hmmmmm....

Post a Comment

21 Comments

  1. Dear Encik Mat Gebu,U r the best thing that ever happened to me...U inspire me like crazy...Allah will always bless U,I will pray for U..U r the best...

    ReplyDelete
  2. Encik Mat Gebu, semoga Allah membalas segala kebaikan serta ilmu yang telah dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  3. betul sangat la tu mat, kalau semua benda kita buat nak harapkan balasan..nanti lama2 apa yg kita buat nampak kekok kat mata orang.., beza dengan kalau kita buat ikhlas.. nampak jujur je, inesen je kan mat kan....

    thumbs up utk luahan hati nih.:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...walau apa pun yang Cik Mat tulis...walau siapa pun Cik Mat..saya tetap menyokong Cik Mat sebab dari dulu lagi saya menyedari kejujuran Cik Mat.

    Kejujuran yang amat...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam CMG...
    Biar apa org kata yang penting Allah tahu niat kita...
    Jom baca n3 baru LK untuk semua blogger masak2...

    http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/06/berita-baik-untuk-semua-pemilik-blog.html

    ReplyDelete
  7. CMG...

    Kak e memang dah jarang bertenet... berblog bagi kak e utk isi masa lapang dan kalau tak ada mood, berbulan2 tak jenguk (blog sendiripun) jadi taklah bermakna kalau tak komen tu sebab tak suka ;)

    *sebenarnya dah lost interest in blogging :p

    ReplyDelete
  8. mat, yg penting kita ikhlas nak share kan... sllu datang kat DTS ni cuam jarang2 tinggal jejak jer... hope u dont mind and keep up the good job of sharing n inspire the other bloggers!

    ReplyDelete
  9. CMG , semoga terus berblog. yg penting rasa ikhlas tu. biarlah org nk cakap pape ...

    ReplyDelete
  10. betol2..tak komen je pon..tak de hal ..kicit punye hal

    ReplyDelete
  11. @ lysha - thank a lot for ur support dear lysha...

    @ cakesp - terima kasih, doa untuk anda juga, kita share apa yang tau kan..

    @ Zulfikar - yeaahh betul tu, biasalah guaa kan orang tua beb, kadang2 jadi terharu lain, tersentuh lain...macam ada..apa2 pun terima kasih sudi singgah.

    @ MJ - terima kasih, kami pun menyokong anda....kagum saya dengan penulisan novelog puan..

    @ lovely kitchen - sungguh bagai di kata, keikhlasan kita hanya Allh yg menentukan..

    @ kak umi-e - betul tu kak, alah kak e saya faham...moga Allah membalas kebaikan yang kak e buat atas jasa2 akak yea..

    @ kak rose - terima kasih kak rose..alah kita blogger masak2 ni satu komuniti kan..

    @ cik kamoo - terima kasih atas sokongan blogger2 muda spt anda.

    @ jiji - tuu diaa, cikgu datang sudah..

    ReplyDelete
  12. Salam Mat. Along jarang2 tinggal komen sebab masa amat tersepit tapi tak bermakna Along tak support Mat. Dapat update blog Along tu sekali sehari pun dah kira rahmat, kalau dapat jejalan blog kekawan tu kira seribu rahmat dah tu. Kita semua kan ada tanggung jawab seharian takkan nak dok depan pc 24 jam betul kan Mat. Anyway, support 100% Mat, kita berblog ikhlas bukan nak traffic ke duit ke atau bagai. Keep it up Mat!

    ReplyDelete
  13. Che matttt .. Kak Es pun bukan nak menunjuk traffic ciput kak Es tu. tapi nak bagitau org2 yg bermulut jahat tu kalau join segmen ben hasil yang dapat. Ben tu bukan gila traffic tapi dia nak membantu. Macam Che Mat jugak. Tapi cara Che mat lain dan sangat lain dari yang lain. Blogger lama sesungguhnya sangat2 memahami selok belok berblogging ni.

    Kak Es salute dengan Che Mat ... ! yang sentiasa merendah hati . Terima kasih banyak2 :)

    ReplyDelete
  14. mat, kenapa mat ni lately asyik macam sedih je. jgn gitu mat. bergembiralah dear...

    ReplyDelete
  15. jgn sesedih ye...tak semua org suka kita,tapi tetap akan ada yang support kita.mm,masak untuk aku pepagi ni leh?cam malas lak.ekekeke..

    ReplyDelete
  16. akak suka blog DTS ... walaupun akak jarang masak tapi asal nampak menu baru akak tetap tengok.. cuma akak tak pernah try jer...

    Emmm... bila la nak rajin tak tau la...

    ReplyDelete
  17. salam abang mat. blog saya pun sunyi jugak, tapi saya selesa begitu. bukan tak boleh promote kt fb, twitter or letak link kat mana2 blog. tapi sebab blog saya masih hijau, gaya penulisan pun tidak begitu bijak, jadi saya lebih suka kalau takde orang baca blog saya. hehehehehe... bagi saya, bila terlampau ramai yang beri pendapat memasing tentang blog kita nanti saya tak boleh nak menulis ikut suka hati saya. jadi biar takde followers or comments janji saya dapat menulis sesuatu untuk diri sendiri. btw kakak kepada kwn saya suka masuk blog DTS ni cari resepi dan masak untuk family dia. =)

    ReplyDelete
  18. Cikmat,
    kalau orang tanya resepi,saya tak teragak agak beritau suruh refer DTS...

    ReplyDelete
  19. Apa pun blog CM banyak membantu semua org, nak cari rujukan masakan, nak belajar segala teknik dan CM juga tak agak2 sudi membantu. Jangan gusar apa org nak kata yang penting DIA tahu keikhlasan CM

    ReplyDelete
  20. Mat

    setelah sekian lama tgk tayangan marble trio kek,ahkir nya bru berani mncuba!hasilnya mg meletup!saya buat utk birthday ank mg ank suka dgn multi colour tu.thanks for sharing,moga2 beroleh pahala dr perkongsian ni;)

    ReplyDelete
  21. ni mesti lalat2 busuk yang dok mengate ni PCM kan3???


    grrr....










    meh sini amek raket letrik nih.. kasi zasssss kat dorang!!!.. =.=

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.