LEMAK NENAS IKAN KURAU MASIN.

P1290160
Malam semua, nampak sedap kan, memang sedap. Ingat malas nak masak tapi big boss kata, nanti masak lemak nenas dengan ikan masin kurau..boleh?..Gileerr nkoo kata tak boleh!!, jadi lepas mat masak sambal tempoyak daun kayu tu, mat pun siap2kan pulak rempah ratus untuk masak lemak nenas. Mat guna nenas Sarawak, ambik kat farmville, besar nenas tu, mat ambik setengah je. Bila sebut Sarawak teringat budak UTM tu..sapa pulak nama dia, adehh sapa eks, kena tanya Ady nihh..kalau Ady tatau, memang tak patut mutut, kan Sunah!!. Mat guna tulang ikan kurau sebagai bahan penyedap, satu petua nak beli tulang ikan kurau masin ni, pilih tulang ikan yang putih dan ada sisa2 daging yang masih melekat, kalau yang dah warna perang kekuningan tu dah lama dan rasa dia pun tak berapa nak sedap. Lagi satu kan, masa nak masak baru kerat segmen2 si tulang tu, terutama tulang tengah dia, ini kerana sum-sum dia tu yang buatkan kuah gulai jadi sedap. Ok bebel banyak2 pun ada juga yang tak faham nanti..kan..Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas sarawak saiz kecil, kupas kulit dan hiris sederhana tebal
8 ketul keratan tulang ikan masin kurau, bahagian tulang tengah, direndam
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
700 ml santan cair
250 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan guka secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji cili padi merah Thai
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus bersama serai titik hingga harum. Masukkan tulang ikan kurau masih (toskan dahulu) dan masak sekejap. Tambah nenas dan gaul rata. Biar nenas sedikit lembut.
  2. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor, bila mendidih, rasa dan tambah sedikit garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kunyit, biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Kemudian rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

14 Comments

  1. oh my god...i love ikan masin...so delicious kalau dimasak dengan lemak nenas...kat UK x der lah bender2 nie

    ReplyDelete
  2. wahh sedap ni lama tak mkn ikan masin.. sini pun tak de...i likex3:)

    ReplyDelete
  3. wahhhh!! nenasss tuuu..

    terima kasih Che Mat mengabulkan permintaan kak Es. sangat suka!! esok masak yg INI!!

    ReplyDelete
  4. salam mat

    Akak baru balik dari makan kenduri gulai kobau ..tetiba nampak gulai nenas nih...adehhh..pengsan jap..
    eh!samba daun kayu pun ado..issshh....nanges nih..hehe
    betul tu cik mat,rembau tanah beradat..masih di amalkan sehingga kini esp bila bab nikah kawin..kalau langgar adat kena denda..contoh kalau anak perempuan rembau nikah di selangor tak bg tau ketua adat,kena denda lah nanti..
    Tapi skang ni ramai yg hendak mudah.adat sudah di langgar sedikit demi sedikit..:)

    ReplyDelete
  5. Mat, meehoon kat bawah tu..hasil goyang2 montot la ehh...hahahhaha, pastu ikan kurau masin ni, abah Mat suh goyang2 montot lg eh...sian Mat...letisss goyang...hahahha

    ReplyDelete
  6. wah!!
    ayu dah rasa.

    memang sedap oooo

    ReplyDelete
  7. aduhhhh sedapnya..leleh ari liur ni, mana nak cari kat doha? ni yg x sabo nk balik mesia

    ReplyDelete
  8. PCM.. macam sedap..
    tapi ... cik pulau macam tak makan je ikan kurau tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. perghh menu hebat yg memikat tekak ku

    ReplyDelete
  10. nenas ngan ikan masin masak cenggini mmg terbaik!!!!

    ReplyDelete
  11. will try n cook it tdy 4 my colleagues... yummiezzz

    ReplyDelete
  12. abang mat, pinjam gambar, nak letak kat blog, nanti saya link balik gambar abang mat ni kat blog abang mat eh...boleh?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.