BEN ASHAARI

Tuesday, June 7, 2011

KENAPA ASYIK-ASYIK LAUK NI JEERRR..HUH..

P1280800
Salam petang semua, nak sahare lauk yang kalau orang dah bosan sebut..."kenapa asyik2 lauk ni jeeerrr..huh"...Peeles lah kan jangan banyak cerita, sebab lauk lain ada, ni lauk singgang aku nya, jadi kalau sudi nak makan silakan, tak paksa. Cuaca panas2 macam ni kalau nak makan kari ke atau masak lemak...boleh penggsannn okeh, selalu yang mat masak2 lemak (kecuali kari) tu atas permintaan. Ok bebel banyak pun nanti penat, jadi mat tulis resipi je lah....jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar, siang, cuci bersih dan toskan
2 keping asam gelugor
2 batang serai
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
1 biji terung kari, kupas sedikit kulit belah 4 dan rendam
1 liter air atau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
1 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk halus bersama serai hingga harum, tuang air dan masukkan asam gelugur dan kiub ikan bilis, biar mendidih.
  2. Tambah ikan dan terung, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

13 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

lauk yg sampai bila2 saya takkan jemu.sedap!

Sunah Mohammad said...

nak yang mak masak... nak balik sarawak lah camni...

mas saari said...

saya suka...sedap!

Kalamhati said...

lauk ni tiap2 hari pun tak jemu..hehe

bersama kak Es said...

kalau kat kedah panggil pindang :)
sedap dan ringan...
Selalu kak Es letak ladies finger .. ha ah, jari ku potong masuk dalam tu hehe

~cik emmie~ said...

yes..dapat idea nak masak ape malam nih...tengkiu cik mat...:)

anymz said...

lauk macam ni,sampai bila2 pun sedap..lauk yang tak akan pernah jemu..

Melur Jelita said...

Lauk yang paling sempoiii...senang, berzat dan sedappppp

rosmalisa binti mat isa said...

cedapnyer...terliur nengoknyer!!!!

AI said...

- lauk ni le yg plg sedap...x jemu2 makan...

roslaini saad said...

15 chili pADI...ADUHHH...KALAU AKAK MAKAN NI... PASTI MENGELUPOR PEDAS.. SEBIJIK PUN AKAK TAK TAHAN.... ADA ALTERNATIF LAIN KE..

Ryo Azhar Rahza said...

sumpahhhhh laknat!memang aku selera tengok lauk ni.huaaaaa

kakchik@ella said...

kalo kakchik lauk camni ari2 pun tak pe cik mat. sedap .. boleh hirup dari pinggan. hihi.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.