BEN ASHAARI

Sunday, June 12, 2011

GULAI REBUNG DENGAN UDANG.

P1280951
Salam tengah hari, dah siap masak?..Atau dah bersiap2 untuk keluar makan tengah hari bersama keluarga...Yelah hari ni kan hari terakhir anak2 bercuti sekolah, esok dah sibuk kembali. Hari ni mat nak share masakan yang mat suka tapi ada juga yang pantang makan benda ni, atas2 kesihatan atau sebab2 tertentu. Rebung antara makanan exotic yang popular, rasa manis dan rangup. Semalam sorang pekerja ni hantar rebung ke rumah, kami beli dengan mereka. Rebung agak besar, lepas bonda bersihkan dan sagat, mat asingkan dalam 700 gram untuk dimasak gulai dengan udang atas permintaan big boss dan selebihnya bonda jeruk...waaa, i likee. sah nanti jari semua bau bacin makan rebung jeruk....ok jom kita semak resipi...pstt jgn lupa undi DTS kat sini...terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram rebung segar (jenis rebung buluh betong), disagat
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1 liter santan cair
250 ml pati santan
3 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
6 biji cili padi merah thai
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung tadi dicelur, tambah sedikit garam, biar hingga sedikit lembut dan toskan. Petua lain anda boleh celur dengan mencampurkan air kelapa.
  2. Masukkan rebung tadi dalam periuk bersama2 udang dan bahan kisar halus, gaul rata dan jerang atas api, biar masak sekejap hingg udang bertukar warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah asam gelugor dan juga pati santan, masak dengan api sederhaba sambil dikacau selalu. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan juga daun kunyit tadi, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

11 comments:

Budak Botak said...

I like rebung so much, he3...

Entry terbaru -> Ini Jadinya Kalau Tak Belajar Jawi... (",)

Ummiakid @ lily said...

suke rebung tapi x pernah masak...sebab tak tau nak olah rebung tu mcm mana...? kene rebus dulu ke...masak terus ke..??

AI said...

Salam,

- ini mmg sgt sedap...

- cmg -> siapkan ubat allergic anda... hehehe

Kjee said...

tak baik ko CMG. akak pose hari ni. kecur dan pengsannnn jap. eh kalau pengsan sah ke lagi pose? hehehe

Miss Y and Her World said...

alamak. sedapnye. kecur liur ku. wah laparrrrrrrrrrrr. tiba-tiba je lapar balik padahal baru je makan tadi. hehehe.

Dah Lanjut Usianya, Kenapa Tak Kahwin Lagi?

izahdaut said...

fuh sedapnya.. udang ngan rebung bertambah maniss gulai tu kan

Andrik McVean said...

wow...nice...i usually do bamboo shoots with mussels

mas saari said...

waaaaaaa...sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa!!

JIJI YU said...

arghh..lau orang kampong wat mesti lagi sodap.

alamanda said...

fuyoooo. mantop mat mantop.

bersama kak Es said...

waaaa..rebung lagi!!
rebung kak es dah kena curik huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.