Selamat petang..haha, pengsan, nanges meraung2 leer gamaknya pengantin bila baca nama resipi aku ni...adehh pelessss okeh jangan koner, ini telur berkat lah, yang dapat kat rumah orang kawen. Mat tengok zaman sekarang ni macam kurang dah tradisi bagi telur, tapi kalau kat Johor kan, bak kata teman blogger masak mat Puan Sariyusa, anda boleh dapat 3 jenis telur, pertama telur rebus, telur pindang dan telur asin...iyeaa..telur asin, selalunya telur asin depa letak kat bunga telur. Hmm besar gak modal, tapi itu tradisi orang2 Johor kan. Kesah kurma telur pengantin ni mat semalam pi undangan perkahwinan anak sedara Sue Joshua, jadi dapat lah segala macam maknikam jajan, dan termasuk 8 biji telur (tapi satu sudah kena telan). Terus mat plan buat kurma telur. Maka terjadilah kurma telur pengantin....nanti mat letak sedikit gambar di majlis tu yeaa..sekarang ni kita semak resipi dulu...Jomm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji telur ayam, rebus keras dan kupas
2 biji kentang
1 biji tomato, belah 4 atau 10 biji tomato ceri
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
800 ml air
3/4 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
3/4 camca teh lada hitam*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun pandan, disimpul
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Telur tadi digoreng dengan minyak hingga berkulit. Angkat dah toskan. Kentang dikupas, potong 8 setiap satu, rendam. Bahan kisar tadi disatukan dengan rempah kurma, kacau rata dan biarkan sekejap. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu, masukkan bahan kisar + rempah kurma tadi, tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan kentang (toskan dahulu) dan kacau rata, tuang air dan biar mendidih.
- Bila kentang lembut, masukkan telur dan santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
- Masukkan cili belah dan tomato, masak sekejap. Rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, atau roti canai..
14 Comments
ooo ingtkan buat guna telur pindang td
ReplyDeleteakak copp telur pengantin 2 biji.. oopss..terlebih sudaaaa...hahaha!!
ReplyDeleteingat masa kecik2 dulu. adik arwah bapak, selalu buat sambal telor selepas ada kenduri kahwin. suami dia susah bawak beca jer. so kalau ada orang kahwin, kami semua usik dia suruh kumpul telor pengantin. boleh buat lauk dua tiga hari. hehehe
ReplyDeleteKjee tak pernah try buat kurma telor. kakak unclepali ada buat masa balik kampung dulu. rasa cam pelik sebab kjee hanya tahu buat ayam atau daging kurma. nak try resipi ni nanti. tq.
memang terliur gila tengok kurma telur tu..
ReplyDeletemengancammm..
memang terliur gila tengok kurma telur tu..
ReplyDeletemengancammm..
cicah roti kering sedap ekk..?
ReplyDeletedua minggu ni... asyik menu telur je kan? asyik telur masak sambal atau masak kicap.... layan masak kurma ni nampak macam best...
ReplyDeletesekaarang ni payah dah nak jumpa telur pengantin tau.
ReplyDeletenampak enak pulak telur kali ni...huhuhu...
ReplyDeletepestaim tau ade kurma telor
ReplyDeletetak penah dpt telur masin laa....
ReplyDeletedari tadi dok pikir camno pengunjung hari ni ramai datang dari blog PCM.ghupe2nye masuklam bloglist..makaseyh PCM..akn ku bina bloglist diblogku...
ReplyDeletetu diaaa sorang lagi bakal menerima kunjungan traffic mencanak. Tahniah Jiiii!!
ReplyDeleteCMG mmg bek ati.
kurma telur pun kak Es pernah buat tp tak la semenarik gini huhu
sedap2.. yummy..
ReplyDelete