GULAI BABAT & REBUNG JERUK...PENGSANN!!

P1290349
Salam petang Khamis. Dah balik keje?..ada yang tersangkut kat kesesakan jalan raya ke, atau tersangkut kat pasar malam tak pun ke pasar. Kali ni mat kongsi masakan biasa, ni pun atas permintaan bonda yang berpuasa. Masakan femes di Rembau dan juga daerah2 lain negeri sembilan ni menjadi salah satu hidangan wajib mereka. Tapi kalau mereka masak mesti lagi pekat, silap2 guna 2 biji kelapa, perghh!!..Kolestrol beb.. yang ni mat guna kelapa 1 biji. Rebung tu pulak bonda dah jeruk dulu, hm bau dia masih tak kuat sangat, cuma kalau biar lama sikit kan , baru bau dia yang menyengat itu akan terhasil. Mat tak syorkan lauk2 macam ni kalau anda ada majlis rasmi, kalau nak juga makan, guna sudu dan garfu, kalau guna tangan, nanti bau2 keharuman si rebung jeruk tu akan terselit di celah2 kuku anda....tu jam sendiri bau, sendiri boleh pitammmm...Ok jomm lihat resipi dia plak..

BAHAN-BAHANYA :-)
600 gram babat atau perut lembu (yang macam tuala), hiris nipis cuci dan toskan
2 cawan rebung masam, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk masukkan babat, rebung jeruk, serai titik dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih perlahan hingga rebung masak dan babat lembut (tapi secara amnya babat tu memang liat2 lembut, sikit).
  2. Tambah asam gelugor, dan pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Akhir sekali tambah daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

9 Comments

  1. babat? huuu, tak pandai makan...dulu pernah sekali hosmet nak buat, tapi hangus masa tu, tak jadi dia buat...

    ReplyDelete
  2. As'salam Mat

    memang nak pengsan pun. Mat sengaja jer buat kak ct ni kecur memanjang eh mat...hihihi. bilalah dapatlagi merasa masak lemak babat Mat ni erk :)

    ReplyDelete
  3. aaha kan kelatan tu panggil perut kitab..ataupo perut tua..eheh ni baghu tau babat ek..

    ReplyDelete
  4. En.mat dah terliur dan acik ni..rebung dan babat..sedap betul tu..

    ReplyDelete
  5. Che mat..sebelum pengsan..hulur dulu kat mas semangkuk.....
    sedapp tu..

    ReplyDelete
  6. Ini memang peberet..tetapi mula - mula tak faham apa tu babat..dah tengok betul - betul, perut lembu rupanya.

    ReplyDelete
  7. wah..che mat bikin hati iols gundah gulana la...iols rasa mcm nk pos je mangkok tingkat kt che mat!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.