BEN ASHAARI

Friday, June 3, 2011

ASAM PEDAS SERI SEMANGGOL..

P1280713
Erkkk..asam pedas lagi..haha, tak pe releks, ini asam pedas ada sikit lain, tak nampak nama dia, asam pedas seri semanggol, jangan tanya mat macam mana koo dapat itu nama, hmm mat kan selak2 resipi dalam simpanan, tatau tahun bila punya, sekali terkeluar resipi asam pedas seri semanggol, sebab pelik sikit kan, mat pun buat lah semalam..eh eh eh sedap nkoo, ada rasa rempah2 sikit dan juga ada rasa keherbaan dalam dia. Kalau resipi asal guna ikan merah, mat guna ikan selar besar. Buat dalam 4 ekor macam tu. Tak pe, kalau anda bosan dengan entri asam pedas, mat faham....apa2 pun pada yang sudi silakan semak resipi di bawah ni...hmmm..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan selar besar, siang, cuci bersih dan toskan
1 biji tomato, belah 6
1 batang serai
2 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1/2 cawan cili kisar
Jus asam jawa secukupnya
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji
1/3 camca teh halba
Secubit belacan
1 hirisan nipis lengkuas
1 hirisan nipis halia
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan serai dan masak sekejap.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, jus asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masukkan tomato belah dan masak sekejap. Rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat....

11 comments:

KuNanGKuNanG said...

mesti sedap ni..nk try wat lah.slalu wat asam pedas ayam je...

anymz said...

sama menu kita hari ni mat...:)

MisS NaSiHa said...

abg mat..sma menu kita ari ni..ikan pon sma daaa..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

asam pedas.. mana pernah jemu....

Citarasa Rinduan said...

hahahah..
kalau kita jiran sure ayu hantar ikan asam pedas parang..

hahahha....
samalah menu kita

Cik Puan Izan❤ said...

asal masuk sini mesti perut aku lapar balik...grrr

AI said...

kalo org melaka, ari2 kene ade asam pedas...

kakcik said...

Semalam kakcik masak asam pedas ikan tenggiri (ikannya dibeli di Kota Kinabalu nun!) :)

bersama kak Es said...

alaaaa...saya masak tak jadi cenggini puunnn..

Sis-Lin said...

asam pedas mana ada buhsan mat..hari2 makan pun sedapppp!

CT Delima said...

As'salam Mat

manalah pernah busan dengan asam pedas ni mat. kalau dah 2 hari makin sedap lagi rasanya.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.