BEN ASHAARI

Thursday, June 16, 2011

ASAM PEDAS KERISIK.

P1290093
Salam semua, dah makan tengah hari?.. Hari ni mat masak asam pedas ikan pari..huhu boring kan si mat, asyik asam pedas jee, tak pelah mat letak apa yang mat masak, kalau aku goreng telur dadar pun mat masukkan juga, janji aku masak. Asam pedas kali ni lain sikit, mat letak kerisik dan rasa dia kan hmm nice ok, sedap..Mat masak kurang lebih 500 gram ikan pari, mat letak sawi jeruk sebagai pendamping asam pedas kerisik ni. Ada yang kata uikk berminyak asam pedas..Ok macam ni lah, kalau masak asam pedas, kita kena tumis sampai cili tu garing dan pecah minyak, kalau anda tumis sikit minyak nanti hangus dan rempah dia tak berapa nak garing. Nanti masa nak makan, boleh cedok keluar minyak dia, itu bukan masalah besar yea,...sebelum anda baca resipi, apa kata undi DTS kat sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam = 10 minit, cuci bersih dan toskan
Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2
1/2 jus asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
3/4 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)
Air secukupnya
Segenggam daun kesom

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping nipis hirisan lengkuas
3 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan. Masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


14 comments:

AdyBudika said...

errrr......leh ker tak pakai kerisik?? kang takde rasa lemak2...

Amie said...

wahh...b lbh pekatau wangilah asam pedas tu yea...&

Isteri Encek Bard said...

Dugaan orang berpuasa nie.. beberapa kali telan air liur menahan rasa

Shiela Latif said...

nanti nak cuba resipi asam pedas yang aad kerisik ni...tak penah rasa...nak rasa :)

anismelon said...

wahhh..sedap nye..lapo perot..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

letak kerisik pulak ye mat? cemanalah rasanya yer... nampak sedap.. menelan air liur dibuatnya..

Ummi said...

Mat, sedapnya tengok asam pedas ko tuh..likat...pekat...ngencess tul la...ada kang akak tukar menu lak nak masak...hehehe

Yatie said...

uwaaaa asam pedas kegemaranku....laporlahhhh..

JIJI YU said...

belacan kalo bnyk sikit ok kan..

Kjee said...

adoiii CMG...pose!!!

::Azura Rahman:: said...

Che Mat: sy dan family juga sgt gemarkan asam pedas.. ikan, ayam dan daging selalu aje masak asam pedas.. ini la menu plg laku kt umah ni.. dan sgt betol.. masak asam pedas mmg kena mnyk lebih masa menumis tu.. br cili tu garing dan masak sepenuhnyer.. perghhh sedap tu ikan pari.. nakkkkkkkkkkk...

Hannah said...

alamak, secara jujurnya tak tau buah keras tu ape... hihi..

Kalau Hannah, cut lagi bahan2 tu jadi se-simple simple nya... hee

Bila air pasang said...

asam pedas kalau tak berminyak, dah macam asam rebus lah pulak, kan cik mat...saya memang top favorite asam pedas ni, esp asam pedas Johor. Kita ni org Johor dah memang ketagih dgn asam pedas Johor.

Cik EiZaN said...

sy nak cuba nie..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.