BEN ASHAARI

Wednesday, June 29, 2011

AKU MERANGKAK UNTUK BERDIRI...

Orang cakap, alah CM (Che Mat), u boleh lah kata, sebab blog u dah lama, dah stabil, resipi masuk majalah, paper (huhu berapa kerat sangat lahhh). Tapi anda tau tak, betapa sukarnya nak meletak blog kita dalam dunia cyber yang tanpa garis sempadan ini, kalau orang kata blog DTS ni ramai yang tau, itu mat tak nafikan lah...syukur alhamdulillah. Tapi kalau ada yang kata mat guna jalan pintas, yang tu memang mat tak boleh terima. Bulan Julai nanti genaplah 5 tahun usia blog. Namun pada mat ianya masih baru dan perlu diperbaiki dari masa ke semasa, maklumlah mat hanya seorang amatur bukan pakar atau mengkhusus dalam satu2 bidang..

Mat perhatikan 1 - 2 tahun lepas banyak sungguh blog2 baru muncul, syukur alhamdulillah makin meriah dunia blog melayu kita. Cuma mat perhatikan bila makin banyak, maka pelbagai jenis perangai manusia kita akan dapat lihat, seperti mat pernah tulis dalam entri lepas di sini, makin lama macam terjadinya kelompok2 blogger seakan berpuak2. Mula ada sikap tak puas hati dengan sesetengah blogger lain..hmmm, jangan lah kita kekal kan sifat2 yang seperti kita sedia maklum, sakit P.H.D...Bukan nak mengutuk bangsa sediri, tapi anda pun setuju kan...benda ni bukan kira orang kampung, bandar atau pendalaman, ianya penyakit orang kita. Mat pernah hadapi juga keadaan macam tu, cuma tidak lah separah blogger2 personal.

Mat berterima kasih pada semua atas sokongan pada DTS selama ini, tapikan blogger masak2 banyak membantu dalam memperkayakan blog DTS ini, terima kasih. Hubungan kerjasama antara Mat dengan Ben sudah mencecah setahun lebih, syukur alhamdulillah, walaupun mat pernah dikritik pasal isu "jiran" ni, tapi mat tak ambik kesah. Apa2 yang kita lakukan demi kebaikkan bersama itu adalah hak masing2, bukan kita ada menyusahlan orang lain...Satu mat nak pesan pada semua dan diri mat sendiri. Jika kita lihat kejayaan orang lain, kita dampingi dia, ambik tau macam mana dia boleh jadi macam tu, jangan suka berbisik2 di belakang dengan kata2 yang tidak menyenangkan. Ok itu saja lah...Salam sayang dari DTS-MAT GEBU..

25 comments:

Jemarioren said...

kenal cmg dulu kat myresepi lagi. teruskan..

Mama AA's said...

mmm okla dah mampu berdiri kan?

saya suke2 je berblog sejak 2008, berhenti waktu preggy sbb elergy ngn blog hehe. pastu ble buka balik, wa.... ramainya org berblog hehe

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...
Allah pertemukan saya dengan sahabat2 dalam dunia blog...
saya sayang semuanya kerana Allah...
andai ada salah satu yang terluka, saya turut rasa pedihnya...
namun siapalah diri ini untuk merawat luka, hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Penyembuh...
kepada Dia sahaja kita mampu memohon untuk diberikan pertolongan...

moga hati-hati yang terpaut terus terikat kukuh di jalanNya...ameen..

Rozita said...

bila kita bangun dengan susah payah kita akan lebih menghargainya....

bersyukur kenal cik mat... banyak yang saya boleh belajar... terima kasih atas pengajaran secara tak langsung cik mat...

::blog anak jawer:: said...

betul..dari blog la kita semua di pertemukan.. dari blog juga lah kita dpt tgk mcm2 jenis org... skrg ni blog la medium perkongsian yang boleh di kira sama penting dgn surat khabar n berita... penting blog ni..hehe

-Yok mampir diluk = wordless Wednesday#4...kg orang asli...

azila said...

Assalamualaikum..huhuh, dengan dunia blog ni zla dapat sedara n kakak2 tempat zla mengadu sehingga kini...so sama2lah kita membina ukhuwah sesama kita di dunia maya ni,bukannya mencari musuh..huhuh

Semoga DTS terus suksesa:)

arryani said...

Tau blog Mat dr My resipi lagi..suka sgt2..walaupun jrg tnggalkan jejak..tapi..slalu cuba resipi2 dlm blog en Mat kita ni..Tima kasih yea..ehehe

nadiem sharmz said...

smoga CM terus sukses yerrr....n masuk la resepi2 yang best2 banyak2 lagi...hehehe

Nora said...

Hi Mat,

Suka ayat mat yg last..

"jika ada org berjaya, dampingi dia dan ambil tahu macamana dia boleh berjaya"

memang betul and setuju sgt.. kena bersaing secara positive !

semoga CMG maju jaya and terima kasih berkongsi resepi

Gee® said...

Salam CMG, terima kasih atas ingatan dan nasihat yg diberikan... syukur ada org berjiwa mulia mcm mat nih... sy suka resipi, koleksi dan idea2 CMG... caya lu!!

Idah said...

Kita ni kan bersaudara.kena saling rasa kasih, sayang sesama kita. Allah sayang pada mereka yang mengeratkan silaturrahim ni....jauhi PHD.

slumberdek said...

memang susah nak naik....slumberdek respect gila ben Ashaari kerana dia banyak bantu blogger2 baru untuk menapak dalam dunia blog walaupun slumberdek belum terpilih untuk dipromote. blogger sepertinya amat diperlukan untuk sama2 membantu blogger2 baru

Ummi said...

Tu diaaaa..sesekali hati berbicara...wahahhahaa....nasib baik ko letak pict kucing...kalau rebit..akak marah...hahahhahaha. Semoga ukhwah sesama kita geng blogger masak boleh kekal selamanya tanpa ada rasa tidak puashati dan rasa PhD tu...insyaAllah.

JIJI YU said...

tak sangka lak ade org kondem pasal jiran tu

Sya said...

"LIKE" eh...silap..ingat FB tadi..hehe..congrates CMG!!!! Keep it up!

Lily said...

Ai like tajuk entri hari ni...sungguh humble ;)

bersama kak Es said...

Che mat sungguh merendah diri ...
canne nak bertanya2 dgn che mat? kalau private mesej CMG reply ke ?

Cik Puan Izan❤ said...

tumpang baca dan tumpang lalu...^^

Aina said...

A'ah nampak banyak puak di kalangan blogger kan.

Selamat ulangtahun DTS..:)

gadisBunga said...

sisi lain CMG - best jugak baca! :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak ikut blog mat ni sejak dari blog mat yg lama bluetiffin tu lagi... masa tu akak cuma ada laman fotopages untuk berkongsi resepi2 yg dicuba.. thanks mat utk ilmu masakan yg dikongsi..

Elle said...

setuju ngan Bang Mat..

bintangjauh said...

Salam DTS-Mat Gebu, per-1 kali Ratna ber-komentar kerana selama ini hanya meng-intai2 segitu sahaja tengok resepi CM yang mengembalikan kenangan lama ... resepi masakan kampong melayu asli yang Ratna adore kan sungguh.

Seperti yang dinyatakan oleh CM mengenai bisikan dari belakang itu sebenarnya CM kerana hati-benak manusia dizaman ini masihi dibelenggu oleh rasa-perasaan tidak berpuas-hati terhadap diri sendiri jadinya terbit lah rasa cemburu lagi dengki dari benak mereka, itu sahaja.

Salah dan tidak benar jika mereka berkata CM menggunakan jalan pintas, berfikiran demikian kerana mereka punyai buah fikiran yang singkat lagi cetek, biarkan mereka dengan kelompok/puak masing2 dan CM terusi dengan blog masakan yang tiada tandingannya kerana bayang kan setiap hari terbitkan 2/3 hidangan .. ya ampun , hanya dengan "a passion for cooking and baking" sahaja yang dapat penuhi isi-kandung blog CM, bukan kutukan yang semestinya CM terima akan tetapi puji-pijian yang maha ikhlas datang dari manusia yang tahu berhemah-tinggi, kemana perginya ajaran akhlak itu?

Bravo CM dengan kata2 yang tidak bercabang-cabang itu, ikhlas dan kejujuran yang tulin sahaja berani mengemuka kan "issue" psst (berbisik dari belakang) ini.
Memohon kemaafan dengan komentar yang panjang-menjela ini, wahai CM yang mulia.

Salam mesra dari BintangJauh nan Jauh.

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

bab kalau pasal jiran tu abaikan dorang dengki la tu..pape pn idup CMG dan Ben

Amie said...

assalam mat,
yang baik jadikan teladan, yang kurang elok tu kita buat sempadan... kan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.