BEN ASHAARI

Sunday, May 8, 2011

TUMIS AIR SAWI BOK CHOY

P1280092
Salam, cuaca panas2 ni tatau kan nak makan apa yang sedap, tapi pada mat sayur tumis air palingg nyaman sekali bila cuaca macam sekarang ni, kalau ikan pun mat suka yang singgang. Tapi tu semua ikut selera masing2 lah. Mat suka sawi bok choy tu masak tumis air dengan udang kecil...sedap dan manis, lepas tu jangan lupa makan ubat gatal. Masakan ni paling simple dan cepat. Ada lauk ni, ikan masin, sambal belacan dan nasi hangat...settle dahh, tu kalau kami lah, yang lain2 tu boleh lah nak meriahkan lagi menu, sajikan dengan ayam panggang ke atau ayam goreng....hmm ok jom semak resipi..tapi sebelum tu, anda sudi tak vote DTS-MAT GEBU?..kalau sudi boleh lah klik sini....terima kasih yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 pokok sawi bok choy, asingkan daun dan tangkai, hiris, cuci dan toskan
1/3 cawan isi udang, cuci dan toskan
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Secubit gula atau serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan batang sawi bokchoy dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Akhir sekali masukkan daun sawi dan hirisan cili merah, kacau dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi, ikan goreng@ikan masin dan sambal belacan...hmmmm


11 comments:

EnY YuSniZaR said...

very healthy!!!! :D

Huszaini said...

Mat, nak tanya nih, ko masuk tak Masterchef Malaysia nih? masuk laa mat.. aku sokong ko 100% kalau ko masuk!!!

http://www.astro.com.my/masterchef/

http://www.astro.com.my/masterchef/docs/368.pdf

yatie Awang said...

hari pun kakak masak singgang jugak, esok boleh wat lauk ni pulah...dah lama tak buat tumis air

Bayu Kenangan said...

kaya dengan serat... elok time panas cam ni

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat

memang betul Mat, cuaca panas2 macam ni lauk2 macam ni jer yang laju bila makan kan Mat. Sambal belacan Mat sure sedap terangkat kalau makan :DD

J.Syazwana said...

haih sedapnye !!
:P

Sunah Mohammad said...

udang ooo udang...nampak suci je udang tu pcm..dia tak bersalah okehh kalau pcm gatal2..

mamawana said...

Assalam,

Sedapnyerrr... Nostalgia buat mamawana. Inilah masakan sayur yg wajib disediakan utk subject Homescience dlm PMR zaman mwana dulu.

Melur Jelita said...

Betul tu Cik MG..masuk la Masterchef...saya sokong!

Mat Gebu said...

erkk...master chef..hehe...

mas saari said...

amat menyelerakan!

sokong gak! masuklah masterchef..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.