SOTONG GORENG SOS HOISIN.

P1280312
Salam petang semua, maaf, patut N3 tengah hari, sekali tadi kat Sedenak hujan punya lah lebat, dengan guruh, kilat berdentum dentam, terpaksalah mat off laptop dan tutup modem, yelah kang nasib tak baik kena sambar dahh rosak, tak dapat nak on9..blog pun sah tak de n3 kang. Masakkan mudah ni senang amat nak disediakan. Selain tu ada juga mat buat yang lain, tu kita cerita nanti lah....hmm esok Khamis kan...wahh pengsan lah aku..haha. apa2pun releks, biasa2 jee kan, terima kasih pada semua yang mengomen di entri pasal ERA tu yeaaa....Kita semak resipi mudah plak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong, kerat, cuci bersih dan celur 20 saat, toskan
1/4 biji red capsicum
1/4 biji green capsicum
1/4 biji yellow capsicum
1 batang saderi, kerat
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar sos hoisin
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Sos Ikan secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan saderi hingga wangi. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan sos hoisin, kacau rata. Masukkan semua jenis capsicum dan masak sekejap.
  2. Gaul rata dan masukkan sotong, kacau dan tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan gula dan gaul pantas. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera...

Post a Comment

7 Comments

  1. esok saya tunggu cik mat kat era kul 9 pagi,. sedap sotong tu,.

    ReplyDelete
  2. sedapnye..................... lapo ni x mkn 1 ary..

    ReplyDelete
  3. urrghhhh lazatnya nampak!
    Makan dgn nasi putih panas-panas...yummyyyyyyyy

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaa..nak cube2...
    saya budak bru belajar.. :D

    ReplyDelete
  5. Salam,
    saya pun nak tau jugak sos hoisin tu mcmana rupa die...hehehe...

    Nice recipe...nak try ni...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.