BEN ASHAARI

Monday, May 9, 2011

SARAPAN PAGI POPULAR MALAYSIA...

P1280106
Salam pagi Isnin...Sebelum mat mula tulis N3 ini, mat minta lah jasa baik anda2 semua, doakan Puan Azila isteri pada Ben Ashaari kerana, masa sekarang ini dia telah pun berada dibilik pembedahan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan, insya Allah. Entri pagi ni mat letak mee goreng mudah saja, kira sarapan popular Malaysia, tapi kan bukan untuk sarapan saja, tengah hari, petang dan malam pun boleh. Satu lagi macam mat pernah tulis dulu, Abby Fana, DJ radio Sinar FM, pernah berkata, ejaan sebetul "mee" ialah "MI"...bukan "MEE"...hmmm, kita ni asal bunyi dia sama jee terus guna, mat goreng dalam 500 gram saja, dan guna bahan2 apa yang ada, rasa mat tak cukup lengkap, apa2 pun masih sedapp....

P1280113
Hmmm. menggoda tak..haha, biasa lah gambar kena menggoda, ehh, apa ingat gambar pompuan seksi jee kee mengodaaa..pelesss yeaa. gambar makanan pun perlu ada "napsu" godaan, baru lah orang teruja nak bikin..Kalau malap jee. macam demam jee, huhu, tak selera teman nengoknya yeoppp!!. Tapi kan sayang, tak lengkap, tauhu tak de, fishcake pun tak de, kalau ada lagi bess, tambah pulak dengan sotong dan daging...perghh..bergaruu lahh lepas makan alamatnya, kegatalan gitu...Hmm ok lah jomm semak resipi, tapi sebelum tu...sudi2 lah vote untuk DTS-MAT GEBU di sini....Jasa anda amat dihargai...Terima kasihh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 pokok sawi bok choy, asing daun dan tangkai, siang, cuci dan toskan
1/2 cawan isi udang
2 biji telur, dipukul sedikit
1 kiub ayam "maggi"
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 - 3 camca besar kicap pekat
Secubit gula
1 cawan air
Sos ikan secukupnya
4 biji bawng merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup sebagai hiasan
Hirisan cili merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dankacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, bila telur mengeras, kacau hancur, masukkan air dan kicap pekat. Biar mendidih.
  2. Tambah kiub ayam, batang sawi dan udang. Masak sekejap dan masukkan mi kuning, gaul rata dan tambah daun sawi dan taugeh. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan juga cili merah, timun dan juga sos kegemaran.. Selamat mencuba ..

13 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

oishii so, tertiba terlioq plak tgk mi goreng mat nie...simple tapy terangkat gitew :))

Cik Nana Serindit said...

mg baik2 aja isteri blogge ben ashari ..

mee ni kalo basah2 pun sedap.. lg wat pedas2 ckit

Izamir Ridzwan said...

klu pagi2 mkn spegheti best kn.. esok resepi spageti lah pulak pcm

Sari Yusa Ibrahim said...

sarapan paling popular di kantin office sy & warung2 sluruh m'sia.

Semoga pembedahan Azila brlangsung dgn smpurna...

Lulu caldina said...

eh, jemput-jemput makan..hoho

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Agaknya kan, kalau Mat gaulkan mi kuning dengan kicap pas tu tabur cili dan daun saderi bawang, pas tu snap gambar pun, kami boleh terliur tengok tau... penangan dan aura Mat Gebu!

NadiRah said...

ingtkan nasik lemak td.. ^^

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

saya yg tak lalu mkn ni bila masuk blog che mat terus berselera...
hebatnyaa penangan che mat gebu...^^

mas saari said...

memang menggodalah...hehehehe

Kak Sam said...

Memang tergoda... Terliur bila baca perkataan tauhu ngan fishcake tu. sgt sedap

yatie Awang said...

terliurrrr....pula tengok....

[n a j e e b] said...

kiun ayam megi tu nk carik kat mana eh? kiun tu hape? hehehe!

Mat Gebu said...

@ najeeb - haha ok dah edit..kiun tu kena cari kat Segamat, tempat lain tak de.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.