BEN ASHAARI

Saturday, May 7, 2011

SAMBAL TAMBAN TERUNG PIPIT....

P1280076
Salam, entri seterusnya mat share satu lauk orang2 melayu kita, rasanya generasi muda kalau kita tak selalu tunjuk benda2 makanan warisan ni, sah lah mereka tatau. Benda2 ni semua pada mat agak penting juga, walaupun kita tak makan, tapi apa salah ambik tau kan. Jadi bila orang2 tua bercerita, tak delah rasa macam terpinga2, rasa macam tongong jeee. Terung pipit kalau kat kampung2, tumbuk meliar dikawasan2 semak atau belukar. Sedap juga dibuat ulam, atau dicampur dalam sambal tumis. Kali ni abah mat suruh buat sambal tamban yang dicampur terung pipit dan taucho. Makan dengan nasi panas pun sedap.. Jom semak resipi lauk kampung ni...Hmmm, anda ada masa terluang, sudi2 lah vote DTS-MAT GEBU di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit yang muda, asingkan dari tangkai, cuci, tos dan rebus hingga empuk
1 genggam ikan bilis tamban, rendam..
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
7 biji cili hijau, hiris
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci belacan larut kan dalam 1/2 cawan air
1 camca besar taucho
Sedikit gula dan garam (jika perlu)
Air, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan taucho hingga harum, masukkan bancuhan belacan, ikan bilis tamban dan juga terung pipit tadi (toskan dulu), kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan jus asam jawa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga kering sedikit. Rasa dan jika perlu, tambah sedikit garam. Masak sekejap dan boleh diangkat. Hidangkan..

10 comments:

Cik Nana Serindit said...

dulu masa kecik2 slalu mkn terung ni,,,
pgl terung katak,,,
masa tu susah sgt, tp lauk ni lah paling sedap time tu

ct nuur' ain said...

wah sedap nyer....
teringat dulu2 maser dok kg...
klu nak mkn g kutip gan arwah nenek kat belakang umah...
dia klu wat sambal sedap..sampai menitis air mate tp mulut still mengunyah...
igt kan kenangan lamer...
terliur2 rasenye...
maser mule bjinak adus..
tp bile dah suker...
kali last makan tak silap..
waktu form 3 kot... lamer nye..
rindu la.nk mkn.....

ShashaCatering said...

Nampak tu memang sedap, dah tu simpel plak. Good combination.

Sumer orang boleh cuba kan.

Tq Cik Mat ;)

SiS NaD said...

SaLaM aBG MaT...

1ST TiMe SaYa MaKan TeRuNG, BuLan LePaS.. NoT BaD GaKS RaSaNYa... (^_____^)V

Azreen Zunairah said...

pak cik gebu ni masak apa pon sodap tau !! mak reen suka gile masak lauk ni..sedapnya !!

mas saari said...

nampak menarik..
tapi Mas tak mknlah terung ni!

Afne said...

aduhai... kecurnya!

umie mia said...

wah kebetulan pula, membe sy ada tanya terung ni masak macam mana.. sy minta izin en mat share resepi ni kt fb sy ye..

Peri PiA said...

lagi selera mkn lauk mcm ni

roslianna naim said...

sdep mmang sdap..arwah mak kak anna kerap juga masak mcm tu masa kecik2 dulu..skrang susah nak cari terung ni (kak anna panggil terung embang) betul ker???

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.