PISANG RAJA TALUN.....SEDAP DIGORENG.

P1280244
Salam semua..hmm tak de apa entri yang boleh mat share, sebab tak masak ni hari, ada pun cuma masak biasa2 siaaa. Petang tadi bonda goreng pisang. Tapi bukan sebarangan pisang, pisang dari kaum kerabat di-raja. Kita kat Malaysia ni ada pelbagai jenis pisang yang boleh digoreng, lazimnya pisang nipah, pisang awak dan pisang tanduk paling kerap kita dengar dan makan. Tapi pisang raja talun agak jarang kedengaran. Satu keistimewaan pisang raja talun ni, dia tak mudah lembik kalau digoreng waima dah masak ranum.

P1280251
Pisang raja talun ni kan, saiz pisang dia seakan2 sama dengan saiz pisang tanduk, cuma kecik sedikit. Tapi dari segi rasa, pada mat pisang raja talun sedap, tak masam macam pisang tanduk. Kalau dibuat kerepek pun ianya lagi rapuh. Kalau dibuat pengat pun sedap. Sudah menjadi kebiasan kami orang2 Johor, kalau makan pisang goreng disertakan dengan cili kicap. Mat tak tulis lah resipi dia...sebab benda ni dah biasa sangat kan, ok mat cuma tulis serba ringkas saja lah kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pisang raja talun secukupnya, angaran dalam 10 biji.
Tepung beras secukupnya (anggaran 1 cawan)
1 biji telur saiz kecil
Secubit garam
Sedikit air kapur
Air secukupnya
Cili kicap untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh tepung dengan telur, secubit garam, air kapur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
  2. Pisang raja talun tadi, dikupas dan belah dua tapi tak putus (kalau saiz nya besar, potong serong macam pisang tanduk). Celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
  3. Angkat dan toskan, hidang bersama cili kicap. Selamat menjadi selera...

Post a Comment

12 Comments

  1. ptg td sy makan kuih tepung pelita, karipap kentang, kuih koci ngan lepat pisang,. semuanya ditapau di kedai makcik karipap panas kg pandan

    ReplyDelete
  2. abg mat : kuah kicap tu kan.. kalau buat banyak2 simpan peti ais ok tak? atau bila nak makan baru buat?

    ReplyDelete
  3. psssstttt, pagi tadi sarapan cekodok pisang yang pcm bagi...:D

    ReplyDelete
  4. bestnya sambal kicap tu... CMG ni memang orang johor ye

    ReplyDelete
  5. teliur pula malam2 hari tengok goreng pisang...

    ReplyDelete
  6. pisang goreng cicah sambal kicap best nya teringat zaman studi kat johor dulu....

    ReplyDelete
  7. tadi petang hujan..mmng sedap pekena pisang goreng dngn sambal kicap...akak plk wat cekodok pisang jek..asam pedas kat bawah tu buat akak laporlah memalam ni....kegemaranku..

    ReplyDelete
  8. dah bertahun den tak donga nama pisang raja talun ni...kalau kat kg kg den (smpdan melako + n9)memang biaso la dgn nma pisang ni..

    ReplyDelete
  9. Mas tahu pisang ni... mmg sedap digoreng!

    ReplyDelete
  10. Tak pernah rasa ni, pisang goreng cicah sambal kicap.

    Cik Mat, naper bukak blog lagi satu?

    ReplyDelete
  11. Cik mat.. pisang raja talon ni bukan pisang raja udang kan?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.