BEN ASHAARI

Wednesday, May 11, 2011

PASTA DALAM SUP TOMATO...dan...TAKZIAH..

P1280184
Salam Rabu semua. diam tak diam dah dah 11 Mei saja..huhu masa cepatnya, tau2 nanti dah bulan Ramadhan. Mat doakan semua panjang usia, dan dapat kita menyambut bulan Ramadhan lagi. ok pagi ni mat blurr nak sarapan apa. Bukan tak de, karipap dingin beku ada, prata segera ada dan macam2 lagi. Tapi semua macam tak bess je kat tekak ni. Lepas tu kan mat nampak baki tomato soup lebih mat buat nasi ayam tomatu dulu yang kat sini. Jadi mat masak sup tu dan makan dengan pasta, cuma resipi ringkas saja. resipi ni untuk makan 2 orang... Dalam kesempatan ini mat nak sampaikan ucapan takziah pada blogger "Kak Cik Seroja" atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah semalam..Al-Fatihah...Moga roh ayahanda Kak Cik Seroja dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2nya yang beriman. Ianya bersangkut paut dengan N3 mat yang ini....Terima kasih pada Melur Jelita juga.... Hmm, kalau anda ok..boleh lah VOTE DTS pulak lepas tu, kat sini... Terima kasih yeaa...


BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram pasta mat guna pasta pintal atau fusili
1 cawan soup tomato (mat guna jenama "Heinz")
2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 kiub ayam maggi
1 batang sosej ayamas, hiris bulat
1 batang jejari ketam, hiris
1/4 red capsicum, dadu kecil
1/4 yellow capsicum, dadu kecil
1/4 green capsicum, dadu kecil
Lada hitam secukupnya
Sedikit gula dan garam
1 helai bay leaf
Hirisan kuchai untuk hiasan (tak de, ganti dengan daun sup)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta fusili dalam air mendidih bergaram hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum. Masukkan tomato soup dan juga air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sosej dan bahan2 lain kecuali gula, garam dan kuchai. Masak hingga sedikit pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan matikan api. Garam kena jaga sebab dah ada kiub pati ayam. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  4. Letak pasta fusili secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali, tabur lada hitam, hias dengan hirisan daun kuchai dan hidangkan segera...

16 comments:

Izamir Ridzwan said...

sarapan pon dah mcm tghari ni ha pcm oii

Hanim said...

leh try ni, ringkas dan cepat :)

bersama kak Es said...

kak es lbihan tomato sup buat nasi tomato ala2 mat gebu..dah buat baked macaroni.
kalaulah jumpa resepi ni..mesti sempat layan sup tomato pasta ni.

kreatif betullah CMG ni :D

jj said...

Cik Mat, Sup tomato tu, tomato yg pekat dlm tin tu ke??

aku said...

cik mat...saya minta izin nk linkkan laman cik mat dgn blog saya sebagai sumber. saya budak baru berblogging.
tima kasih yea...

man yusoef said...

wow!!love pasta...ni kira fusion western food ikut malay taste la ni...haha...ok ape?? nmpk sedap...tp tengok mcm tom yam pon ada...agak2 buat pasta tom yam sedap tak CM???? ..biasa buat bihoon tom yam..tukar jadi pasta tom yam..guna spagethhi..

Jiji-Fify said...

walaupon nama resepi yang pelik, tapi nampak menyelerakannnnn!!!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Myzul said...

emmm..sedapnya :)

Budak Botak said...

A-Fatihah, semoga ditempatkan bersama org beriman...

Entry terbaru -> Video Hitler Marah Kumpulan Gula Gula, he3... (",)

cik cek said...

Macam best je menu ni...boleh tryla nanti...:)

joegrimjow said...

ni makan tengahari ni

joegrimjow said...

dah vote untuk mat
hehe

Ain said...

assalamualaikum, saya suka pinggan & mangkuk biru retak seribu yg Mat guna untuk fotoshoot. Berkenan...kalau boleh saya tau, mana Mat beli?

chikadakbiru said...

wow sedapnyee..masam2 nih...cik mat..bleh tak nak request resepi snack mee siput muaar?sy suke makan..tp payah nak cari..

Pijahh' de-Arr said...

sedapnya..~~

Melur Jelita said...

Terimakasih Cik Mat..sama - sama membantu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.