OYSTER MUSHROOM SOUP...

P1280637
Salam semua, rasa mat ni entri last untuk hari ni, insya allah esok akan ada lagi. Hari ni mat cuma sempat pos 2 entri saja...tak berapa sihat lah, tekak sakit dan rasa tak berapa rajin siaa nak buat apa2 mood tak de..Minta maaf yeaa. Kali ni mat saja nak test cendawan tiram atau oyster mushroom kata omputeh, kita buat sup cendawan. Ehh not bad juga dari segi rasa, walaupun pada tekak mat, cendawan butang lagi sedap. Mat buat sikit, dalam 120 gram cendawan macam tu, dan kalau nak lebih sihat boleh guna susu rendah lemak dan gantikan mentega dengan minyak zaitun, cuma dari segi rasa mestilah ada beza...betul tak. Jom kita semak resipi mudah ni, tapi sebelum tu boleh lah undi DTS kat sini yeaa....Terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram cendawan tiram@oyster mushroom
100 ml susu sejat IDEAL
350 ml air rebusan tulang ayam @ 1/2 kiub pati ayam MAGGI
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar minyak zaitun
1/2 camca besar mentega
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu
1 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun kuchai atau parsley sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dicuci, perah dan carik kecik. Panaskan minyak zaitun dan mentega dalam non-stick pan (guna periuk pun ok). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu, jangan hangus. Masukkan cendawan (asingkan sedikit untuk kegunaan kemudian) dan goreng dengan api sederhana hingga layu.
  2. Masukkan tepung dan gaul rata. Tuang susu sejat dan 200 ml stok ayam, kacau rata. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Bila cendawan lembut, matikan api dan biar suam. Kisar halus.
  3. Tuang kembali dalam periuk, tambah baki air, serbuk lada hitam, bay leaf, cendawan yang diasingkan (potong kecil) dan secubit garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kuchai atau parsley sebelum dihidangkan.

Post a Comment

14 Comments

  1. saya tolong vote en mak gebu untuk mak saya kerana mak saya peminat masakan en mat gebu.

    ReplyDelete
  2. @ aie - terima kasih pada anda dan bonda, sampai kan salam mat gebu pada bonda anda yeaa.

    ReplyDelete
  3. salam..

    sy suka tengok resepi kat DTS ni..suma nampak best2..ada satu dua resepi yg sy ikut, mmg bestt..

    en mat..sy nak bagi satu cadangan aci x..?apa kata kalo en mat masak kueh2 tradisional plak..hehe..xpun mcm yg snak2 ke..cthnya mcm tempeyek ke..mesti best jgk kan..

    mekasih en mat..mg cepat sembuh ye.. ;)

    ReplyDelete
  4. CMG--
    kalau dekat.. ayu sure mintak semangkuk.....posa layan tekak orang putih ngam gak...

    semoga cepat pulih ya CMg, tadi abis blog kamu ku geledah....
    kredit utkmu

    ReplyDelete
  5. waaaaa suke giler mushroom soup!!~ pakcikmat nak semangkuk!!

    ReplyDelete
  6. sedapnya en.mat..nak2 kalo dihirup dlm mangkuk yg lawa tu..hehhe

    ReplyDelete
  7. Oooi... Sup cendawan tiram. Ni lain dari yang lain ni.
    Mesti nak kena try ni.
    T.kasih kongsi resipi Che Mat ;)

    ReplyDelete
  8. Assalam mat,
    this mushroom soup nampak sedap lah..boleh lah masuk list..makan as starter sebelum makan steak sedap ni..

    ReplyDelete
  9. hehe..sye da vote cik mat..

    sedapnye cik mat kalo dapat makan sup ni dengan garlic bread kan..ala2 omputih gitu...^__^

    ReplyDelete
  10. SEDAP :)

    ADA SAKIT KENCING MANIS X? NAK MAKAN APA SAJA TANPA BERPANTANG? BOLEH/TP BERHENTI PENGAMBILAN GULA TEBU! :)

    AMBIL JUA VIA!

    http://www.juavia.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=82&Itemid=148

    ReplyDelete
  11. en mat gebu, hari2 mak saya ambil resipi di blog dapur tanpa sempadan. Mak cakap kena vote untuk en mat gebu hari2 untuk memberi sokongan moral.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.