BEN ASHAARI

Tuesday, May 31, 2011

MI GORENG KUPANG...AKU RESPEK BLOGGER INI!.

P1280651
Assalammualaikum, salam Selasa. Dah sarapan ke?..Pagi ni mat goreng mi lagi, tapi kali ni mat letak kupang. Mi goreng ni dah biasa kan, tu lah mat mula2 malas dah nak n3 kan menu ni, tapi semalam dah lah 2 kali je update, rasa tak bess je, pada mat bukan lah traffic tinggi yang diharapkan sangat (walaupun itu kebanyakkan blogger mau...jangan hipokrit kata takkk!!). Mat cuma rasa tak patut bila yang masuk tapi tengok n3 yang sama je berhari2. Tu pasal mat update walaupun masakan ulang tayang. Ini bukan n3 tangkap muat. Kalau anda berada dalam situasi mat pun sudah pasti buat pekara yang sama, banyak kali mat kata, sebagai blogger masak2 kerja dan komitmen anda kena lebih...kann...Tak caya sila tanya geng masak2 mat, betul ke tak apa mat tulis nih...


Erkk..pic sapa pulak tuu, kenal ke?...haha, itu kalau anda nak tau, nama dia Azian Iskandar, blogger juga dan orang daerah dengan mat...eh zian, kampung koo Ulu Remis kan, tu masuk belah Kluang kan..hadoi, tak kesah lah yang pasti tak jauh..Mat semalam baca coretan dia, hmm bukan nak puji, tapi kalau anda baca, anda baru tau sikap telus dia....mat respek lahh kat dia, eh dia suami isteri belajar pandai okehh....Moga Allah memberkati anda sekelurga yeaa....klik sini kalau nak baca kesah yang mat respect sangat tuu... Ok sebelum tulis resipi, jom undi DTS kat sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
3 genggam, taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1/2 cekak kuchai, kerat 1 inci,
2 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
3/4 cawan isi kupang
1/4 cawan isi udang
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 cawan air
1 camca besar kicap pekat
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga cili garing. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat, kacau rata. Tambah tauhu, kupang dan udang. Kacau rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan bila mengeras, kacau hancur dan gaul dengan bahan yang diketepikan tadi. Tambah air dan sedikit sos ikan serta gula. Masukkan mi kuning dan gaul rata.
  3. Tabur hirisan kuchai dan taugeh, gaul hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin, tambah sos ikan. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan dengan menbur hirisan cili dan belahan limau kasturi.....Sedap dimakan panas.

11 comments:

kak ina kl said...

sape kata dia tak nak trafik tinggi..tipulah tu

betullah mat kalau tak ada idea masukkan juga masakan yang berulang-ulang..janji adooo kan.

CT Delima said...

As'salam Mat

kak ct sokong apa kat mat, alau ada yang cakap macam tu memang dia tipu.

sedapnya mee grg campur kupang mat, alahai mana nak mencari kupang ni kena tunggu ada pasar tani pagi lah baru dapat merasa. kak ct sorang jer yg makan, yang lain tu tak heran pun mat.. hihihi

Azian ni jadi lecturer kat Uitm Jengka tempat anak dara kak ct belajar Mat. Memang baik orang nya walau sekali jer dapat berbual dgn azian ni.

azian said...

cik mat!!!!!

sob sob sob...

terharu sy nih...sy biasa2 je la cik mat...aishh...ni nak bgtau kat hubby sy yg cik mat tepek muka kami sekeluarga kat blog hebat cik mat nih...


thanks cik mat....huhuhu

Mylady said...

Salam cik mat..

Takpe..entry berulang pun takpe...yang penting, setiap entry cik mat, mampu melelehkan air liur.. hehe..

p/s : ye!!..saya tak tipu..saya nak traffik tinggi...ehehehe :-)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam
mee goreng ada kupang...wahhhhhh mengancam!

azian?dia junior LM dulu.mmg dia dan mamat sgt baik hati.dulu selalu lepak bilik azian.hati dia ni tulus .mmg susah nak jmp orang cam azian ni.suka tengok kehidupan azian dan mamat yg bahagia..

Rozita said...

betul org ckp yg biasa selalu jadi luar biasa... selalu org letak kerang... ni kupang cam best jugak!

Pojiekyra said...

cedapnya..nti nk try uat jugak la

mamasuri said...

nyum2 sedapnyer kupang tu..lama doh tak makan ni...

Mdm Biar Betul said...

sodap.... kat opis sy ader jual mee kupang kuey tiow bla bla... tp yg pic ni lg menyelerakan....

*dreamcda* said...

Sedapnya.... (+___+) nyum2..

Melur Jelita said...

Suka Azian jelita..dia baik dan jelita! hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.