BEN ASHAARI

Monday, May 2, 2011

LAKSA ASAM PEDAS....BUKAN RECYCLE OK!

P1270941
Salam pagi Isnin yang mendung, lembap dan basah..uikk basah?..haaa korner lah tuu, basah sebab hujan lah pagi2 kat sini. Sarapan pagi ni agak ringan dan ringkas, mat siap masak dah, hari ni bonda puasa, jadi aku masak untuk yang tak puasa dulu, petang nanti baru masak lagj. Idea Laksa asam pedas ni mat dapat dari satu blog ni lama dulu, sampai tak ingat dah. Asal2 dia guna mi hoon tapi mat guna mi laksa, tapi kecik sikit dari mi laksa biasa. Kalau tengok dalam gambar, ada sekor ikan kembong tertonggok kan atas dia, sebab resipi asal dia buat macam tu, jadi mat ikut je lah... Pstt jom singgah satu blog nih, dia ada buat contest menarik, cer tengok dulu kat sini... dan yang ni pulak..aduhh sapa tengok mesti terguda, cun nkoo aweks nih, kat sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Mi laksa @ mi hoon secukupnya, rendam, celur hingga lembut dan toskan
Hirisan bunga kantan
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk kesom
Belahan limau kasturi
Hirisan kacang panjang (optional)
Taugeh (lupa letak..huhu)

BAHAN ASAM PEDAS :-)
7 ekor ikan kembong batu (kembong jenis sederhana)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup tasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang puith*
1 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ASAM PEDAS :- Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tuang air asam, bila mendidih, masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (kalau nak letak serbuk perasa pun ok.)
  2. UNTUK LAKASA ASAM PEDAS :- Masukkan mi tadi dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah asam pedas dan letak seekor ikan atasnya. Hias dengan hirisan bunga kantan, daun kesom, bawang besar, kacang panjang dan taugeh (yg ni mat lupa). Hidangkan dengan belahan limau kasturi. Sedap dihidangkan panas..

10 comments:

Sis-Lin said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa...lain dr yg lain, ada letak ikan wooooooooo...

aku nak cuba la....:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perghhhhhhhhhh dgn sekor ikan.menarikkkkkkkkk

AdyBudika said...

ahahhaahhahah..siap mention bukan yg recycle!!!!

fazrin2211 said...

cantik menarik kau memang deboom

Bayu Kenangan said...

first time dengar.... nampak sedap...

Adib said...

nampak sedap gila

cik cek said...

kalau dah makan ngan asam pedas emmmm....confirm sedap ni...:)

Axie04 said...

mane nak cari mee laksa ni
kat tempat saya dah x jual
susah sungguh nak cari

Cik Ayu said...

mak bawakkan dr kampung minggu lepas..sedappppp

Cik Ayu said...

tp pakai spaghetti jerr..pun sedap jugakk