BEN ASHAARI

Monday, May 2, 2011

IKAN BELANAK GORENG SIRA CILI

P1270948
Salam petang semua, huhu, sibuk sikit lahh, tu pasal tak sempat nak up N3. Tak pe, petang ni mat letak N3 yea, tapi yang biasa2 saja lah. Anda tau ikan belanak?..Sejenis ikan laut yang sering main di pinggir pantai, terutama bila air pasang atau nak naik, ia akan melompat2 di gigi air. Ikan nya bersisik, isi nya sedapppp sangat dan lemak. Mat beli semalam. Ikan dia tidak besar sangat dalam ukuran sebesar ibu jari tangan dan panjang hampir sejengkal. Kali ni mat buat sambal kering ala2 bersira dan penyudahnya ditabur dengan hirisan halus bunga kantan. Sedap dimakan bersama nasi panas....serius waa cakap nihh...sedapp...Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor ikan belanak, buang sisik, cuci bersih dan toskan
Sedikit kunyit dan garam halus
3/4 cawan cili kisar
1 kuntum bunga kantan saiz kecil, mayang halus
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata2 dan goreng hingga garing, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Masak dengan api kecil hingga pekat.
  3. Masuk ikan goreng tadi dan gaul rata2 sampai menyaluti seluruh bahagian ikan tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan tabur dengan hirisan bunga kantan. Hidangkan panas...

13 comments:

AdyBudika said...

lapar balik!!!!

mia.lia said...

xpena dgr pn..haha.. nk try beli :P

y u y u Z u l a i k h a said...

ikan belanakkk! sedapppp! i loikeeee <3

y u y u Z u l a i k h a said...

ikan belanakkk! sedapppp! i loikeeee <3

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best ikan sira macam keropok sira juga makan gitu pun best :)
New Entry "Gambar : Osma bin Laden meninggal."

RaraPuing said...

yummmy sedap betui ... lapar la pulak padahal baru jer makan nasik dengan ayam goreng hehehe

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat

Ikan ni kalau beli dengan peraih kat setulang laut tu, mesti dapat banyak kan Mat.. hihihi

Memang lama tak makan ikan belanak ni Mat, kat KL ni tak tahu lah diorg ada jual atau tak :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

owh..itu ke ikan belanak..br tau.sedapnyer tgk dah siap sira sambal.

cik pulau said...

errr.. tak makan ikan belanak..lalala~
tp dgn ikan lain pn boleh try kan..hehehe

Sis-Lin said...

ikan belanak ni aku reti makan masak bening je mat..x pernah plk masak sira berlada mcam nie...hehehehhe

sedappp!!

Budak Botak said...

nyum2, nampak menyelerakan btol...

Entry terbaru -> Gambar Mayat Pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden Dikebumikan Di Laut... (",)

Bayu Kenangan said...

buat asam rebus pun sedap jugek...

MissNaL said...

tak sangka ikan belanak pun boleh makan? huu.*jakun