BEN ASHAARI

Monday, May 9, 2011

FUCUK MASAK LEMAK PUTIH

P1280119
Salam semua, dah makan tengah hari?..Hari ni mat masak lemak fucuk atau tauhu kering. Masak lemak putih ni mat letak soo hoon saja sebagai bahan tambahan, sebab bonda suka makan gaya macam tu. Sebagai pelengkap ada sambal belacan, dan lauk2 lain tapi semua yang mudah2 jee. Ni kira masakkan kampung lah kan, kalau campur dengan sayur2 dah jadi lodeh kan. Perencah mat guna udang kering atau hey bee kata orang2 peranakan. Oh yeaa terlanjur dah tulis N3 ni, mat nak war-warkan teman blog mat ada membuat satu contest, kalau anda ingin tau, boleh lah klik di sini....kita bagi sokongan moral pada blogger2 baru pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Fucuk atau tauhu kering secukupnya, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 cekak soo hoon, kerat kecil, rendam hingga lembut
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan fucuk, dan masukkan ke dalam periuk bersama2 hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair, kacau dan didihkan.
  2. Masukkan soo hoon dan santan pekat, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga fucuk lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api....selamat mencuba.
Link

11 comments:

Nur said...

sedapnya dapat makan dgn nasi beserta ikan goreng dan sambl belacan. kalau arwah mak saya dia pecahkan telur dalam kuah tu.. sedap....:)

yatie Awang said...

aaa...akak suka ni...

mas saari said...

Mas punya favourite ni...
ratah macam tu je!


nak masaklah balik keje nanti..

man yusoef said...

baru tau fucuk tu rupanya tauhu kering..T_T

MamaLuvPink said...

penah 2-3x try tok anak...tp asik pecah santan aje..huhu...cmner erk nk tau masakn tu dh cukup masak?

IdaNurFieyda said...

sdpnye..favourite ida ni..dah lama xmkn ni..leh la msk nt..

mizzkechique said...

sayur plng sedap.. tp dulu suka bubuh kentang..hehe

Izamir Ridzwan said...

oh nama dia fucuk ek.. IR tersilap la selama ni pggil Pucuk

b a m b a m ' s said...

peberettttt~!!!!!

selalu gulai fucuk tauhu nie gandingkan ngan sambal kan PCM? mcm balance sbg hidangan.. yeker?

Ummiakid @ lily said...

cm..tq membantu saya...Hargai sgt2.

Lydia Honey said...

Alahai CMG ni..semalam baru saya dok berangan- angan nak makan Fucuk masak lemak,ni ari ni ternampak pulak..TERLIUR sesangat, manalah nak beli kat Middle East ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.