CREAMY MUSHROOM PUFF PASTRY.

P1280435
Salam semua, malam ni nak share resipi senang dan mudah. Hmm harap gambar je kan sampai 2, resipi alah hai senang beno. Buat dia senang jadi cuci2 lah mata sambil2 tu. Benda2 senang ni macam mudah dibuat dan ringkas, cuma apa yang perlu, anda haruslah ada stok bahan2. Jadi senang sikit. Kali ni mat guna cendawan butang segar sebagai intinya. Berbalik pada puff pasty yang mat guna ni. Mat guna puff pastry jenama 'KAWAN' dan boleh beli dipasar2raya. Setakat ni paling murah di Tesco, tak sampai RM 4 sebungkus....

P1280439
Resipi ini akan menghasilkan 8 - 9 biji puff pastry. Corak permukaan tu ikut kreativiti anda lah nak mencorakkan macam mana, mat cuma buat "X" sebanyak tiga kali. Kalau nak kelar2 sahaja pun boleh. Hmm rasanya macam dah tak de apa nak tulis lagi..Oh yea sebelum tidur tu. mintalah jasa baik anda kalau sudi vote DTS kat sini....dan juga klik "LIKE" untuk gambar lawa NIKON oleh Ben Ashaari di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
180 gram cendawan butang segar, cuci lap kering dan hiris
1 biji saiz sederhana bawang holland, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 helai bay leaf
1/2 kiub pati ayam maggi
1/2 cawan susu sejat
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio"
Minyak zaitun untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
8 - 9 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
Telur, dipukul sedikit untuk disapu..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stik pan, tumis bawang hollan, bawang putih dan bay hingga layu. Masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tuang susu, masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau rata dan kecilkana api. Masak hingga pekat dan sedikit kering. Sejukkan.
  2. Panaskan oven pada suhu 190C. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan satu bahagian tadi ditorek bentuk X sebanyak 3 sederat. Isi satu camca penuh teh dengan inti cendawan dan letak atas pastry kosong tadi. Berhati2 letak bahagian berkelar atasnya, kemas kan dan tekan tepi2nya dengan garfu.
  3. Bakar selama 25 minit atau kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minuk petang.....

Post a Comment

9 Comments

  1. Walaupun perutku dah kenyang, tetapi gambar puff mu tetap menjadi pojaan hati kuuuu...

    ReplyDelete
  2. @ mamafami - haha, alahh kalau mama buat tak sampai 30 minit...kann..

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Mat.Akak minta tolong tayang pastry jenama Kawan ni utk mudah akak cari.
    TQ ya.

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Mat.Akak minta tolong tayang pastry jenama Kawan ni utk mudah akak cari.
    TQ ya.

    ReplyDelete
  5. waduh cantiknya puff ni...takmo buatlah, nak makan je yg Mat buat...leh tak...ekekeke...

    ReplyDelete
  6. mat..nnti ajarla buat asam laksa..suka sgt mkn tp tk pandai buat.tq in advance.

    ReplyDelete
  7. @ aina - try tengok yang ini --> http://www.tiffinbiru.com/2010/04/penang-assam-laksa.html

    ReplyDelete
  8. macam ni che mat kata resepi mudah...bagi saya sgt susah...ingat senang ker nak lipat kulit dia tuh...adeh...

    ReplyDelete
  9. Suka...suka ...suka...kak cek suka sgt menu ringkas cam gini...confirm sedappppp...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.