BEN ASHAARI

Tuesday, May 24, 2011

BAWAL MASAK KICAP BERSANTAN..

P1280482
Salam, dah senja kan...Umur kita pun tak lama lagi sama, senja juga, nak share satu masakan simple dan mudah. Abah mat suka masak macam ni, budak2 pun suka. Eh, orang jawa memang suka makan masak kicap ke, aku nak kena tanya LG ni, dia jawa gak tapi terpelanting dok jauk di Australia tuu. Mat guna ikan bawal putih, dalam 3 ekor, ada baki lagi 2 ekor, kita buat resipi kukus pulak eks, esok...tunggu okeh. Masakan simple ni mudah disediakan, guna santan dalam 2 camca besar macam tu, sikit je ambik rasa kata orang2 tua. Hmm ok walapun ringkas, mat tulis juga resipi dia, mudahh amat sangat...Jommmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih
1 batang leek, kerat dan rendam*
1 biji cili merah, hiris serong*
1 biji bawang besar hiris bulat*
2 ulas bawang putih, hiris nipis*
1/2 inci halia, hiris halus*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 camca besar pati santan
1/2 cawan air
1/4 cawan kicap lemak
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan2 bertanda (*) hingga layu. Masukkan air dan kicap, biar mendidih. Tambah santan dan kacau. Kemudian masukkan ikan, gaul rata.
  3. Masak sekejap dan tambah sedikit gula, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

7 comments:

bersama kak Es said...

family kak es suka sangat masak kicap.
first time tahu masak kicap letak santan. Anak kak Es kata kalau letak byk mesti jadi kelabu hehe

boleh try ni..simple :)

bersama kak Es said...

leek tu yang ada daun panjang tu ke?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh cam msk ayam semur gak ni eh CMG...bau dia sure wangi.

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

sodap je..!!hehe

cik cek said...

Lum penah lagi kak cek makan masak kicap bersantan...boleh gak try nanti...:)

mushroom said...

tgk gmbr pun dah tahu sedap.. kalau x nk letak leek tu xpe kn.. macam pelik je benda tu.. mak x pernah pakai pun

pinky said...

ah ah....leek tu apa yer??

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.