BEN ASHAARI

Thursday, May 5, 2011

ASAM PEDAS IKAN KARANG...

P1280034
Salam semua, bertemu lagi..hmmm nampak tajuk N3 jee pun dah jemu..kann. Tak pe lah mat letak juga, tak kesah jemu ke, jamu ke, jambu ke...aiman memang tak kesahhh punya. Sebenarnya mat tatau apa nama ikan nie, tapi mat tau ini ikan spesis yang suka bermain2 diterumbu karang. Ikan bersisik tebal ni agak sukar nak disiang sebab sirip2nya yang agak tajam. Abah mat kata, masak asam pedas dengan nenas. Kali ni mat tak guna nenas madu, tapi guna nenas Sarawak..uhuk....uhuk...batuk2 pulak aweks tu...sabar yeaa Sunahh...abang Ady koo adaa tuu...dia sibuk..hahaha.. Ok lah jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan karang (boleh guna ikan kembong pun ok)
1 biji saiz sederhana nenas sarawak
1 cawan air asam jawa
Garam dan sedikit gula (atau serbuk perasa)
1 cawan cili kisar
3 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, siang dan bersihkan. Perap dengan jus limau kasturi dan garam. Perap 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan nenas dan ikan, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya dan sedikit gula serta serbuk perasa, jika guna. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..

8 comments:

bersama kak Es said...

ganding dengan nenas yang buat meleleh tu..
telan liur dekat 4 kali dah ni...waduuhh

KuNanGKuNanG said...

sdp ni..walau dah kenyang rase nak mkn lagi je bila tgk asam pds abg mat ni..huhu

Rima said...

Cik Mat
I loveeeeeeee asam pedas nenas.. kat sini baru pukul 9 pagi but my tummy rasa macam nak makan lunch after looking at ur asam pedas sob sob

kakchik@ella said...

Kakchik pun buat asam pedas pagi tadi cikmat. tapi guna ikan pari.

Zulfikar Hazri said...

aku paling suka ikan jenahak ngan senangin masak asam pedas... paling sedap tang mata ikan jenahak..slurrpppp

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

sedap nyer...memang terliur....nyum2

Sunah Mohammad said...

erk! nape saya baru baca ni pcm??? hahahahahhaha~

MamaIeta said...

sedap gila ni. dapat hirup kuah dia penas2. nikmat!!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.