BEN ASHAARI

Monday, April 25, 2011

TUNA ROLL RANGUP...ala..."PUTERI KATEK"

P1270782
Weettt weetttt!!...Selamat pagi..dah sarapan ke, salam bersiaran kembali dari mat gebu. Semalam mat tak bersiaran, tapi malam tu on9. Balik semalam bonda kata air paip tak de, aduhh gerammnyaa.. Kenalah mat bangun seawal 3.30 pagi, periksa paip, bila dah ada air, kenap pulak isi air dalam tangki, seramm ok, takut "kak limah" polowwww..hehe. Semalam blogger "Puteri Katek" YM dengan Mat..dan dia bagi link satu resipi dia buat...waaaaaaa....rajin lah anak dara tu, bagus2...esok nak kawen boleh up harga sikit, sebab pandai masak.. Kalau dapat mak mertua orang2 kampung, mereka suka menantu bijak memasak...ehem ehem, mak mertua orang kampung pun setaraf bandar ok..depa pun ada 2 bentuk cincin BERLIANNN....tak de dah cincin tembaga...kannnn...

P1270788
Kata puteri katek, resipi tu kalau kita golekkan serbuk roti, lagi sedap.. Yep dia akan jadi rangup di luar. Mat bagi tau dia, ok esok (hari ni), kalau ada masa PCM buat...dan hari ni mat buat lah sebagai dikata. Mat guna serbuk roti kaler orange dan kalau anda nak kulit salutan tebal, anda boleh lakukan proses menyalut roti dengan serbuk roti tu sebanyak 2 kali. Goreng dengan api sederhana, jangan besar sangat, nanti cepat hangus, kalau kecil sangat api, nanti melengas gorengan kita deng minya2 masak..Ok jom semak resipi, mat letak pic langkah demi langkah khas untuk yang amature yea...

BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon

BAHAN2 LAIN :-)
2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
  2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya (seperti dalam gambar).
  3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

29 comments:

Isteri Encek Bard said...

sedap nyer.. nampak comel jer CMG

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat :D

anak2 bujang k.ct mesti suka kalau buat macam ni Mat.. tr kasih k.ct nak amik resipi ya Mat :) sedap tengok tu.. lelehhhh

man yusoef said...

waa...mcam best dan mudah!! nak try la

putERi-kAtEk said...

waaaaaaa hahahahahha....bestnyeeeeeeee

Eyrique Ettiqazz. said...

10q CMG,smlm buat mee kari guna resepi sini tp EE derhakakan Mee kari tu.. x derhaka x sah kan CMG.hhaha

O'gosh said...

sedapnya..mana nak dapat serbuk roti oren tu...

risa said...

perghhhh

Tasha said...

hmmm..... mmng kreatif kan. memasak mmng perlu kratif la. baru la yang biasa tu nmpk luar biasa.

MissNaL said...

yeah!! ini sangat best.. senang,mudah,cepat! kalao letak sardin pun ok gak kan..suka sardin lg daripada tuna.huu

mOon jOhari said...

Salam ziarah...

wOw..yang ni so gOjes...yummy yummy ~~~

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam mat...

cutenyer potong kecik2 gitu.. senang anak2 nak makan... nampak menggiurkan...

zetty said...

sy penah cuba resipi mcm nie...memang sedap...hehehe

zetty said...

sy penah cuba resipi mcm nie...memang sedap...hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer...elok la pulak tak terbuka dan tergulung kemas.pandai Cik Mat buat.

✿❤Cik Izan❤✿ said...

anak2 saya pun suka..tapi biasanya saya letak sosej jer...jadilah sosej rolls..^__^

anismelon said...

sedap nye..tengok..lapo dah pewot nie..ades..:)

Miss Ran said...

mmg menggoda iman

slamat tak pose

ilahjy said...

awal pagi tadi weet weet dgn che mat dan ady budika tghari ni di dapo che mat lak.. fuhh mmg cantek kretip tol che mat..mengancam inti tuuu

cik cek said...

Ermmmm...ringkas je...tapi confirm sedap ni kan ....

Aspirasi said...

cik mat makan berapa potong je tu? -

gadisBunga

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

salam cik mat.memang nampak sedap dan cantik le.mesti nak cuba ni..

Eyriqazz said...

adussh...mat gebu buat saya lapar di petang hari..dah la cantik, nampak menggiurkan pula tu...bila nak ajak makan ni?huk3...

Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak

Ujang9897 said...

mak ai..menendang perut ni mintak makanan tgk ..=)

kakmelor said...

nampak gambar pun dah nak makan,,

kakchik@ella said...

kemas betul gulungan cik mat tu ye. kalo kakchik lah .. aku lipat je. hihi ..

FzChoc said...

Memang sedap laa Tuna nie tergoda dengan warna keemasan, Cik Mat...tekak ayu memanggil2 nak mkn tuna roll ni apalg ptg td terus jer buat cuma derhaka sikit resepi tu... ada letak daging....

k e y r i said...

haha nampak cam sedap jer.. mat gebu buat nmpk lagi sdap dr puteri katek buat.. huhu ^ ^

Creative Lifestyle Collections said...

dah buat utk breakfast pagi tadi utk sikecil..sorry la mat gebu, sy menderhaka kt resipi nih sbb xde ikan tuna so sy letak crab stick+ayam=blend utk inti.lemon plak sy tkr guna limau nipis..hehehe.ammppuunnn!! tp yg pastinya rs mmg melatop!!.. thx 4 de recipies..stiap hr pasti sy akn mencuba 1 resipi dari mat gebu..

cupandlife said...

Assalamualaikum che mat.
saya pun cuba jugak resepi nie , tapi , maaplah resepinyer saya derhalak kan skit ,,breadcrums tu saya ganti dgn quaker oat,,,,,,tu je yang ada...tapi rasa best jugak la kor ,,,rangup gitu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.