BEN ASHAARI

Tuesday, April 26, 2011

TEMPOYAK....MAKANAN WARISAN..

P1270826
Waaaa..tempoyak..anda makan tempoyak?.Hmmm kalau orang2 Negeri Sembilan dan Perak, memang memang satu kemestian, kalau tak makan boleh buang negeri katanya. Tempoyak ialah durian yang diperam hingga menapai dan menjadi rasa sedikit masam. Ada pelbagai teknik membuat tempoyak. Kalau kita guna durian bagus, sudah pasti rasanya pun sedap. Ada yang mencampurkan sedikit garam dan gula, ada juga yang meletakkan sedikit serbuk kunyit. Tapi pada mat jika kita guna durian yang baik, hanya perlu penambahan sedikit saja bahan2 perisa, ini kerana rasa durian itu sendiri sudah memadai. Apa2 pun selera kita, jadi terpulang apa gaya sekali pun, yang penting, kena pada citarasa masing2. Tempoyak satu bahan yang versatile. Boleh dimasak dalam pelbagai cara, lemak cili padi, pais dan macam2 lagi. Selalunya tempoyak kalau dimakan mentah, kita makan dengan cili tumbuk macam dalam gambar tu siaa.. Cili merah + cili padi + sedikit garam = tumbuk halus. Tak payah letak belacan. Makan dengan nasi panas. Hmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Isi durian secukupnya
Sedikit gula*
Sedikit garam*(*optional)
1 tangkai cili kering, cuci dan lap kering
Sehelai kain muslin atau kain kasa bersih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan isi durian dengan sedikit gula dan garam, kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam muslin atau kain kasa. Letak dalam satu bekas dan biar tempoyak tu tergantung 3-4 jam.
  2. Tujuannya biar air durian tadi keluar dan ini akan mengelakkan tempoyak kita cepat rosak. Kemudian boleh isi dalam botol bersih, pastikan jangan isi penuh sangat, 1/2 atau 3/4 penuh sudah memadai, nanti tempoyak akan mengembang masa proses penapian. Tutup bekas dan biar terperam 2 hari.
  3. Kemudian boleh bukak dan rasa, jika ia sudah rasa sedikit masam, tu kira dah ok. Letak lada kering tadi atasnya dan tutup bekas, simpan dalam peti sejul untuk tahan lebih lama. Cili kering tu hanya petua saja, untuk mengelakkan tempoyak "menyeman", tak nak letak pun tak pe....Ok selamat mencuba....
CATATAN MAT GEBU :- Apa yang mat tulis ni berdasarkan pemerhatian, sedia maklum setiap orang mereka punya cara dan teknik masing, jika tidak keberatan, anda boleh beri pandangan atau cara lain untuk kita kongsi bersama....

16 comments:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

asalkan durian abg mat..
totap menjadi pojaan atiku ;D

Bella Bell said...

teringat sambal tempoyak emak..

xsabarnye nak balik!!heheehhe!!~

anymz said...

ko ni cik mat..
mlm2 menunjuk gambar tempoyak,buat jiwa jadi kacau je tau..

Mat Gebu said...

Hahhaa...sorry semua...kak anymz, meleleh gak kan air liur teringat2 sambal tempoyak..

NadiRah said...

nad org perak!!!!
tak smpat nak balik perak makan doyan..
tp nad dah pesan dengan mak haritu simpan tempoyak untuk nad..
cuti sem dpt makan puas2!!! lalalala~

akuanakpahang said...

Salam CMG, aduh.. negeri pahang tidak disebut :( org pahang mmg amat arif dan mengetahui pasal tempoyak nie. Durian kampung adalah durian yang terbaik jika dibuat tempoyak tak perlu campo apa2 cukup rasa garamya dah ok :)selain drp durian kampung tak sesuai dibuat tempoyak bagi kami :)
New Entry "Video : Singgang ko gulai ?"

fazrin2211 said...

menambah selera makan!

Najed said...

mmg tertanya2 camne nak buat tempoyak sbb dlm fridge ada balance durian...akhirnya kat sini jugak...tq mat :)

Budak Botak said...

he3, Bdk Botak durian makan byk, tapi tempoyak kurang la...

Entry terbaru Kempen Derma Coli - Kempen Paling Pelik Pernah Jumpa... (",)

Latiolicious Lady said...

prnh makan secara paksarela d perak kira2 14thn lalu. itu kali pertma dan terakhir sbb tdk makan durian. tp bagusnya sy tau lah mcamana tempoyak itu dihasilkan, kreatifnya org tua2 zmn dulu..tdk membazirkan makanan. tak reti nk komen bab rasa sbb tak ingat dan tak tau apa rasanya ..gelak

Mat Gebu said...

@ nadirah - waaa..hantu tempoyak juga ke...sama lah kita..

@APP - waa, tapi kalau derian kualiti bagus tak payah nak letak apa2 dah kann.

@ fazrin - hmm betul2..

@ najed - kalau nampak complicated sangat u boleh ikut style dalam komen "Aku Anak Pahang".

@ budak botak - haha, tak pe, ada juga yg tak makan derian, tapi tempoyak makan..

@ LL - hahhaa, dok tergelak ni bila bayangkan "paksarela". Tapi kan puan ada byk cara buat tempoyak. Yang saya tulis tu salah satu antaranya.

arinieva said...

abg mat menyeman tu ape?

Mat Gebu said...

@ arnieva - menyeman tu konon2nya, boleh rosak atau tak menjadi..

RODIAH HAMID@IBRAHIM said...

abg mat, somi kite org perak tp dia xmkn tempoyak..xmerasa la den ni ha...

SyaHani said...

aiyoh... tempoyak colek... telan air liur nengok...

Honeybee said...

suka makan tempoyak..tapi kat sabah takde jual tempoyak. tengkiu for sharing. pasni boleh try buat sendiri :)

-Honeybee
http://healthybeautifulblog.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.