BEN ASHAARI

Monday, April 11, 2011

SAMBAL SOTONG TERUNG PIPIT..

P1270306
Cakkk..haha, salam semua, dah malamm, esok hari apa..Selasa kan, aduh kejap sungguh masa berjalan, tau2 nanti dah puasa...lepas tu raya pula...tau2 mat gebu tak de lagi...huhu...Ok, merepek2 ni memang seronok, tapi kan ingat semua orang suka ke, tu pasal mat tak de blog penulisan macam orang lain. Kita kan sebelum nak bukak blog, cuma tengok apa kelebihan yang kita ada, dan buat sedikit kajian, tentang hala tuju blog kita tu nanti. Ok hari ni nak share sambal sotong terung pipit, yang ni typical kampung nya menu. Terung pipit ni tumbuhan meliar kalau dikampung2. Mudah didapati dan sedap dimasak sambal tumis atau gulai. Juga banyak digunapakai dalam masakan di Thailand. Ok, kita semak resipi dia yeaa.. Psttt....nak kawen?...nak dapatkan gambar pengantin yang cantik...cuba klik sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor sotong kembang, saiz sederhana, potong kecil
2 cawan terung pipit, asingkan dari tangkainya
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
2 keping hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
1 cawan cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dicelur 1 minit, toskan. Terung pipit dicuci dan rebus hingga lembut. Toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Tuang jus asam jawa dan masukkan terung pipit. Tambah garam, secukup rasa, gula dan serbuk perasa jika guna. Kacau rata dan masukkan sotong tadi. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan. Hidangkan bersama nasi putih..

13 comments:

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best sambal nie ditambah dengan terung pipit tmpt saya disebut terung manggor.. belacan tu yang buat naik aromanya :)
New Entry "Gambar : Helikopter terhempas di Dataran Sibu."

Nieza said...

wahhh sedapnya sambal ni cik mat..terliur dh ni..hehe
p/s: jemput singgah ambil poskad kat umah saya yer..:)

Fyqa said...

adehhh. tak leh jadi nih..

nak suruh mak buat jugak..hehehhe

Mas said...

wahhhh...sedappnya....
compom tak pandang lauk lain dah...

Citarasa Rinduan said...

cik mat
tempohari ayu pi balik kampung..awat ku lupa nak rembat terung pipit ibunda....
ambil gambor pulak..hahaha

PS; menyelerakan sungguh menu lunch cik mat

ummi danial said...

as-salam,em sedapnyo,raso mace nop cebok je dr luar,apopon terung mangor(terung pipit)mmg sedap jg d'make dgn BUDU...BUDU sedap...

Bella Bell said...

kalau hari2 masuk blog ni boleh pndai masak saya..hehhee..

tp secara teori je la..kalau nak buat amali susahnye...hahaa~~

doakanlah saya pndai masak..heeee~~~

^__^v

mcm ni lah said...

ermmm lama sungguh tak makan terung pipit ni,.. kalo nak tau keluarga saya sejak turun temurun buat sambal belacan terung pipit campur belimbing buluh,.

Sunah Mohammad said...

LAPAR PULAK SAYA TENGAH2 MALAM NI...AHAHAHA. LARI DARI SB JAP..:P

Yatie Yusof said...

diet ku jahanammmmmmmm melihat sambal sotong cik mat!

azila said...

lorrr..ni masak bila plak?huhuh..cepatnya

[Pemilik blog tulang ikan] said...

Hehehe cik Mat..

Pagi2 dah buat saye merana dgn gambar sambal sotong terung pipit nih huhuhu!!!

mom-to-be ngidam yg ni laaaakk!

ShashaCatering said...

Tak pernah makan ni. Mesti nak cuba ni, nampak sedaaap... ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.