BEN ASHAARI

Friday, April 22, 2011

MURTABAK LIPAT.

P1270716
Salam semua..Selamat petang..hmm, hari ni masa agak ketat lah, tak dan nak post N3 awal, lepas Jumaat tadi pi beli barang dapur sikit, lepas tu ter ter beli pulak benda yang tak patut..huhu, tu lah si mat ni, malas nak cerita kan. Tak pelah kita tukar cerita lain. Pernah dengar murtabak lipat?..Hmm, mesti tak kan, kira ni murtabak derhaka style mat gebu, siapa tak kena mat gebu, kaki derhaka.Alah saja, nak bagi fresh idea, apa yang telah diilhamkan pada kita oleh Allah swt, elok lah kita kongsi...sama kita pandai, tak pandai banyak, pandai sikit..kann..

P1270720
Sebenarnya kat murtabak lipat ni mat guna instat prata jenama "KAWAN'..kalau jenama lain tu tak pasti lah boleh ke tak. Sebab jenama kawan ni, bila masak dia masih lembut dan bila kita lipat dia elok tak pecah. Molek je jadi dia. Untuk daging tu anda boleh guna daging kisar, samada daging lembu, kambeng atau ayam. Nak guna tuna pun boleh. Mat sebab nak cepat, guna daging burger ayam jenama Ramly. Satu keping tu boleh dapat 3 murtabak lipat, tapi kalau nak daging dia tebal, buat 2 murtabak je. Mat guna non-stick pan saiz 8 inci. Ok kalau dah bersedia, kita semak resipi...Jommmmmmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping instat prata jenama 'KAWAN'
3 biji telur
1 biji bawang holland, dadu kasar (guna bawang besar pun ok)
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sos cili untuk dicicah

BAHAN INTI :-)
1 keping daging burger ayam jenama 'RAMLY", hancurkan
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, didadu kecil
1/2 cawan air
Sedikit gula
Garam jika perlu
1/2 camca teh serbuk lada hitam (mat guna "aji-shio")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk rempah kari, kacau dan tuang air. Tambah daging dan kacau rata. Masak dengan api sederhana. Masuk serbuk lada hitam, cili yang didadu dan sedikit gula. Jika perlu tambah secubit garam. Masak hingga kering, dan sejukkan.
  2. UNTUK MURTABAK LIPAT :- Masak roti prata instat seperti arahan pada paket. Ketepikan. Satukan hirisan bawang besar dan daun sup bersama bahan inti. Gaul rata dan bagi kepada 3 bahagian sama banyak. Sediakan non-stick pan saiz 8 inci. Letak sedikit minyak. Ambil 1 bahagian inti dan pecahkan telur ke dalamnya. Kacau rata dan tuang dalam pan. Masak dengan api sederhana hingga inti 3/4 masak. Letak sekeping roti prata tadi dan tekan2 sedikit.
  3. Biar masak sebentar dan berhati2 terbalikkan. Masak sekejap lagi dalam 30 saat. Keluarkan dari non-stick pan, kemudian lipat dia. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
  4. Potong 2 setiap murtabak dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda... Selamat mencuba untuk semua...

15 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

pak cik mat tak berapa gebu! lepas ni buat resepi Meatball peliss!

Jaa said...

adoi..dh la tengah lapar..nampak murtabak la plak...

[n a j e e b] said...

geram betul la dgn dia ni...
(sambil telan ayaq liuq..gulp!)

fazrin2211 said...

cuba bagi apa2 resepi telur...ikan, ayam.. tanpa carbohydrate,hehe

cik cek said...

macam2 idea adik mat kita ni...kreatif....makan murtabak lipat...pas tu tambah gebu...berlipat2 perut pulak pas tu...tak kisahlah ...kak cek nak murtabak lipat sekeping boleh....

mcm ni lah said...

amboi2 1hari makan berape kali ?,. kita kat sini sehari makan 2 kali je tu pun kadang2 1 kali sehari jer tu pun beli tapau,. tu la susah nye org yg reti makan tapi tak reti masak kan,. hehehehe

azila said...

heheh..en.mat, jgn2 brg yg xpatut beli tu banyak dr barang yg patut dibeli,tu sbb peti ais kat umah xsurut2 tu..heheh

~Masiha Sulaimi~ said...

petang2 ginni leh terliur tgk murtabak ni...aiyyaaakk!!

Sis-Lin said...

kalau murtabak ni makan time2 frust best ek...huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

d_LA said...

nakkkkkkkk !!!!! lapar ni..phuiii apa anak dara ni mls nak masuk dapur..hehe

Cicak Biru said...

ini boleh cuba kalau ada pot-luck minggu depan. dua minggu lepas den buat puding tapai. Big hit, thanks Mat.

MamaElla said...

Suasana disini Hujan, makan makanan macam ini Best ler....lelagi ada Teh eARL Grey..Power..:-D

Nieza said...

sedapnya! haha tu la sama ler saya pun kalau shopping nk beli brng lain tapi brng lain yg dibeli..hehe

Mr. Kamikaze said...

Masuk blog PCM ni rase nak mengunyah je.. Kruk2 dah bunyi perut.. huhu..
Untuk mencapai klimaks, aku...

LindaRahim said...

huhuhu...bila masuk sini, saya dapat rasakan perasaan org yg masuk blog saya...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.