BEN ASHAARI

Thursday, April 7, 2011

LEMAK TURI DENGAN KELEDEK...BOLEH LAH KAN..

P1270149
Salam semua, N3 cepat...alah dah lah cepat, masakan biasa je...Hilang punca dan hilang idea..itu lah mat gebu, walaupun kaki derhaka terhebat era ini, kau tetap kehilangan idea juga...huhu, Jadi dari tak de apa, letak lah satu masakan tradisi orang2 melayu yang sempoi. Lemak turi dengan keledek ni tentu anda dah sinonim kan...kan.. Tak pe, sebab pokok dia ada dekat dapur, kita manfaatkan saja... Lepas tu kena ada ikan goreng, sambal belacan dan sebagai nya...ngamm lahh boleh santap..jangan lupa baca bismilillahh..okeyy.. Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekek daun turi yang muda
1 biji keledek saiz sederhana
5 tangkai kacang panjang
800 ml santan cair
250 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, titik
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa (kalau nak guna serbuk perasa pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun dari tangkainya, cuci dan toskan, keledek dikupas dan potong berbaji, rendam, kacang panjang dipatah2 kan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan santan cair, keledek (toskan), hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Kacau dan masak hingga keledek 3/4 empuk. Masukkan daun turi tadi, ramas sedikit daun sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Jika kurang kuah tambah sedikit air.
  3. Bila mendidih, masukkan kacang panjang dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin/ikan goreng...

18 comments:

kakchik@ella said...

cik mattttt .. mama kakchik suka betul masak lemak turi dgn keledek ni.

LINDAHERY said...

saya pun suke lemak turi nie...sedap sedap sedap !!!

Jiji-Fify said...

daun turiiiii!!!! lama tak makan..

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

mcm ni lah said...

dua tiga kucing berjalan
berjalan jalan diatas papan
saye orang kuat makan
tak reti2 ke nk jemput saye makan ?,.
ahaksss

mcm ni lah said...

dua tiga kucing berjalan
berjalan jalan diatas papan
saye orang kuat makan
tak reti2 ke nk jemput saye makan ?,.
ahaksss

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya tak pernah mkn daun turi...teringin nak rasa.tgk rupa pun tak kenal kot mat gebu..huhu

Mama Hanim said...

tgk pn dh sedap, dpt makan lagi sedap la kan..hehe.. kat kedah ni pun byk gak yg masak guna daun turi, CMG.
N3: Video Datuk Siti Nurhaliza Nyanyi Bukan Cinta Biasa, Nobody, Nirmala Di ABP BH 2010 3.4.11

Cek Nuffnang Datang Lagi, I Like Sgt2

[Pemilik blog tulang ikan] said...

Salam che mat,

Mummy-to-be ngah mengidam nak mkn sayur daun turi ni..mana la nak cari kat sini ni...huhu...

MamaFaMi said...

Peberet nih...bak meh semangkuk!

Unaizah said...

Saya nak kenal daun turi tu camne ghupenya. Blh tak tunjukkan hihi... Dah diperhati kat gambar tu, rasa cm kenal tp takut saya panggil nama lain.

ladyzamea said...

sedang eloklah tu PCM..
kat umah ni ader ikan masin ngan sambal belacan..nak semangkok!!!
hehe..

アヌム ちゃん~~ said...

daun turi tu ape..mcm first time dgr..huhuu~

aizamia3 said...

sedapnye.. pos skit boleh..?

Miss Ran said...

ape itu turi?

tk pnh dgr pong huhu

Firdaus Kasim said...

x pernah mkn pun benda nie.. sdp x? hee~

Entri Terbaru Saya :
Fungsi Sebenar Pisau Pencukur Adalah Untuk Melebatkan Bulu

Sally said...

Cik Mat ni buat I marah jer tau..selalu buat masak2 turi ni..meleleh airliur tengok..bukan senang nak jumpa pokok turi tau..sedey I..takut mengidam tak lepas lak nnt...lenkali cuba kirim mai pokok turi tu nak cuba masak..

jgn marah ya CMG..gurau geram jer..hhehhe

leyzajamil said...

ouh!..ikan kering sambal belacan mana pulak gambarnya cmg?

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

nanti nak cilok resepi che mat ni...mintak halal yer...^__^ daun turi byk kat blkng rumah mak mertua saya...biasanya saya suka goreng telur dadar masuk daun turi...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.