BEN ASHAARI

Saturday, April 9, 2011

IKAN PARANG MASAK KICAP BERMADU.

P1270242
Salam semua, jumpa lagi dengan masakan biasa2. Ikan masak kicap je untuk n3 kali ni, jadi lah kan...janji ada N3..apa n3 tangkap muat..hahah boleh lahh..,esok2 kalau tak de n3 langsung, dengan kau2 sekali aku tangkap muatkan dalam blog DTS ni. Kali ni mat masak kicap ikan parang. Ikan tu 2 keping saja, sebab tebal, mat belah dan goreng kunyit dulu tapi embal2 saja, lepas tu baru masak kicap. Ini atas arahan big boss, mat tau buat jee Tapi kan, sebab ikan ni segar, hasil masakan tu jadi sedap pulak, pstt nama je masak untuk big boss, aku bedal lebih. Bagi anda yang rasa sukar nak makan ikan parang, boleh ganti dengan ikan lain...Ok semak resipi yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping potongan ikan parang segar, belah dua jika besar
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar sos tiram
1 camca besar madu
1/2 cawan air
1/3 cawan kicap (mat guna kicap lemak Jalen)
1/4 camca teh cuka makan
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan parang, dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 dan angkat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan sos tiram dan madu, kacau, tuang air. Masukkan kicap dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, cuka makan dan cili merah/hijau, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

9 comments:

aliarosli said...

ikan parangggggg

sedappppp

rindu nak soh nenek masak

Sunah Mohammad said...

lapar.............T_T

Wuucin Kimora said...

embal2? hurm.. myb xperlu garing2..betul x? tul x? ;D

Mohd Sukur Ibrahim said...

mat gebu..minta tlg boleh?
promote kan saya kan blog mat gebu..
saya ada masuk pertandingan Hotfm Impianku..
nak kena vote..minta follower2 mat gebu sama2 berganding bahu membantu sy..tq

Mat Gebu said...

@ mohd sukur - oraitt no problemm...

Miss Ran said...

sedap nye...pakcik mat anta skit boleh

~...AmALinA....~ said...

huwaaaaaa lapaaaaaa

Yatie said...

Sedap tu ikan msk mcm ni...kena nasi putih hangat mmng best..akak masak lemak tempoyak ikan patin resepi Mat..sedap sangat..tq Mat resepi yg best..

Mat Gebu said...

@ kak yatie - sama2 kak...hmmm..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.