BEN ASHAARI

Friday, April 15, 2011

GULAI TERUNG PIPIT BERKANTAN..

P1270480
Salam semua...malam ni mat hanya coretkan yang ringkas. Pernah makan terung pipit atau terung palembang?.Ini biasa kat kampung, mudah dapat, jenis tumbuh meliar. Mat masak lemak dengn bunga kantan, dan mat letak udang. Ini masakan atas permintaan, mat makan juga tapi isi dia saja. Terung ni rasa dia lemak2 pahit sedikit, boleh juga dibuat ulam. Kalau masak thai green curry pun sedap dicampur dalam masakan. Hmm, rasanya tak de apa lagi nak tulis, blurr dan masih tak boleh nak fokus sangat lahh...huhu, mudah2an esok mat ok yeaa...salam semua...Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit yang telah dibuang tangkainya
15 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
2 batang serai, ditititk
200 ml santan pekat
800 ml santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji cili padi (optional)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung pipit direbus bersama sedikit garam hingga lembut. Toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai titik dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan terung tadi bersama udang, gaul rata dan masak hingga udang bertukar warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah bunga kantan. Bila mendidih, tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

5 comments:

Along Maklong said...

sedapnya.. maklong suka sangat terung pipit ni.. tapi susah nak dapat terung ni kat selayang ni..

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

uuumak aihhh...kaya dgn terung...che mat ni dlam tak ok pun masak nampak sedap jer...jeles aku...:P

man yusoef said...

terung pipit tu yg bulat2 kecik tu kan....biasa mak saya masak lawan dengan petai..tak tau nama masakkan ape...tapi kurang suke terung pipit ni...hahah

Shasha said...

Sedaaap... ;)

fuzidss said...

cuba dah ni memang best

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.