BEN ASHAARI

Monday, April 25, 2011

GULAI TELUR ITIK......IPOH MALI PUNYAA...

P1270797
Salam...hadoi ngantuk ni, penat lah..tapi kan baru sat tadi bonda ku kata" haa!!..penat?..umur ko tu baru berapa?"...aduhhh..macam kena satu hentakan tukul besi ni, segan ada, terasa hati pun ada, tapi biasa lahhh..soalan perli, tak pe lah kita ngaku jee. Sebenarnya semalam mat bangun awal 3.30 pagi, sebab tak de air paip, jadi pagi tu baru keluar, kenalah mat isi tangki, dan cuci pinggan mangkuk yang digunapakai sebelum tu, tak de lah apa sangat kan, biasa2 jee..huhu, tak pelah kena ikhlas. Hari ni mat gulai telur itik..Kolestrol?..sah2 lah on top of the hill..huhu. Gara2 mat gebu ternampak longgokkqan telur itik kat satu blog ni, kat sini..sampai aku termengidam. Kat kawasan mat ni payah sikit nak dapat telur itik..jadi 2 hari lepas mat ikut abg sulung mat pi ke Ipoh...aku memang nak beli telur itik kat sana...sambil2 tu pi hunting teko..perghh sempat lagi tuu..

Maka dengan izin Allah swt..dapat lah ke pasar dia, mencari lah telur itik. Wahh nampak tak tu, 60 sen sebiji, mat beli 10 jee. Tu jari nyonya telur itik..pstt kalau aku panjang umur lah, nanti tua kedut macam jari nyonya tu lah..kan..hehe, eh nampak je macam tu tau, but she can speak english very good u know..haiyoo nyaris2 guaa pengsan..dah lah tu very polite dan cakap manyak bagus...lumbutttt...hehe. Gulai tu mat guna 5 biji telur dan masak dengan belimbing buluh...hmm malas nak komen tau, kasi meleleh air liur guaaa siaa. Sebelum semak resipi jom singgah blog ni kejap, kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik, cuci bersih
15 biji belimbing buluh, cuci dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, 1 disiat2 dan 1 helai lagi hiris halus
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
25 tangkai cili padi kampung hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang bahan kisar dalam periuk, masukkan asam gelugor, serai dan santan cair. Kacau dan didihkan. Kecilkan api, dah pecahkan sebiji telur itik dalam satu mangkuk. Perlahan2 masukkan telur tadi dalam kuah, buat sama dengan baki telur, tapi pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain.
  2. Biar masak dengan api kecil sehingga telur mengeras dan boleh dikacau perlahan2. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa serta secubit gula. Masukkan daun kunyit yang disiat tadi.
  3. Masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala dan masukkan belimbing buluh. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan bersama nasi putih...hmmm..maleh nak cerita lepas tu...huhu..

14 comments:

Miss Ran said...

telur itik?

tak suke

telor aym layannn

y u y u Z u l a i k h a said...

telor itik????? grrrr... tak sukaa! suka telur itik masa nak buat bahulu je ^^

cik Ida said...

nak try.... cam sedap je.. janji halal! hehehehe.. ^_*

kakchik@ella said...

feveret kakchik ni cik mat,, nak pulak dibuat masak lemak cili api pedas2,, buh daun kunyit. sedap!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer....telur itik ni kena msk pedas2 sket kan cik mat.LM suker!!!

Azreen Zunairah said...

sedapnya nampak telur itik tuh !!! serius terliur...pak cik gebu ni masak apa pun nampak sodappp !! huhuhu

nba-Nur said...

Mesti sedap ni.. Bolehlah cuba resepi ni nanti..

NadiRah said...

pencuri telur!!!!!!!!!!!

norinaomar said...

Feveret!!!asik dok n9 je,dah sebati ngan diri ni..nyam nyam

NaDia CoMaNeCi said...

huh terbaek la abg mat..terus teringat masakan mak..campur belimbing buluh lak tu..

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

telur itik besttt..besar..puas mkn ;D

FARISZ@AZ.Com said...

gulai lomak telor itik memang sedap , kalau orang negori 9 tambah belimbing buluh dan cili padi bagi tambah umm , santan pula pakai santan pekat.

Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

.

azila said...

WAA..EN.MATTTT..TERHARU NEHH..HARI NI BR SEMPAT GODEK ENTRY2 LAMA LAMA..TETIBEEEE..TQQQQQ TAUUU:)

melur said...

jangan terkena telur itik palu dah ye...hehe...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.