BEN ASHAARI

Thursday, April 21, 2011

GULAI PEDAS BATANG KELADI.

P1270703
Assalammualaikum, dah siap masak?..Tu bagi surirumah lah. Kalau yang kerja tak yah lah nak fikir, just focus at your work jeee kan, bila petang baru fikir. Mat pun masak sebab ada permintaan, kadang nak masak2 lemak ni ada sikit malas, tau jelah kan santan, lepas tu benda2 macam ni, kalau makan isi saja, tak ambik kuah, tak kick. Kalau kat kampung dan jika ada stok kelapa, pilihan utama mesti lah guna santan segar. Kelapa pun mahal sekarang ni. Batang keladi ni baki yang mat masak asam tumis tu hari kat sini... Sebab banyak, jadi bonda simpan sedikit sedikit. Hari ni mat masak dengan ikan masin kembong. Hmm ok lah, kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi minyak, siang, cuci dan toskan
2 ekor ikan masin kembong hijau,
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
25 biji cili padi kampung jenis hijau
4 bijji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi dan keladi dicelur dalam air mendidih yang dimasukkan asam gelugor dan sedikit garam, toskan. Ikan kembong masin, dikerat dua setiap seekor, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan santan cair dan asam gelugor. Bila mendidih, masukan batang keladi dan santan pekat. Masuk ikan masin dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masuk juga daun kunyit yang disiat2. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..
CATATAN MAT GEBU :- Berhati2 dengan garam kerana ikan masin akan mengeluarkan garam dan ini boleh menyebabkan kuah menjadi masin. Boleh juga direndam dahulu ikan masin, tapi harus dimasukkan akhir, ini kerana kalau dimasukkan awal, dikhutiri ikan akan hancur...

23 comments:

mcm ni lah said...

ish ish ishh ni masakan turun temurun ni,.. sedap ni,. nak sket nasi dua kepol yer,.

mcm ni lah said...

ish ish ishh ni masakan turun temurun ni,.. sedap ni,. nak sket nasi dua kepol yer,.

maszmadi said...

hm, x penah pulak tengok mak masak menu nie, apatah lagi diiri ini... huhu

macam sedap jerk, leh try nie

Isteri Encek Bard said...

btang keladi, sayur kampung kegemaran IEB

Miaainis said...

sedappnya...hish2 tgh2 ari ni kalu dpt mmg best

kakchik@ella said...

Cik mat, kc suka ni tp yg tak da santan. boleh hirup lelaju cik mat. jgn tersedak sudah. hihi ..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh cik mat , ikan kembung masin ni nampak sgt sedap.ada byk isi.

Syafiq Rosli said...

hehe..lama dah tak rasa masakan cm ni..:)

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

abg mat oiii..kite masak ns goreng paprik je ari ni ahahaha giler mls ;p

x penah cuba lg ikn masin kembong masak lemak..biasa grg je..
nnt nak cuba skali.. ;)

Mamamya said...

wahhh...x penah try batang keladi masak lemak...lain kali blh try ni... arini sya masak asam pedas btg keladi tp x der ikan...:D

✿❤Cik Izan❤✿ said...

nasib baik dah kenyang...
erkkkk...Alhamdulillah...^__^

gadisBunga said...

ala....dapat tengok aje la nampak gayanya.... :)

~...AmALinA....~ said...

uwaaa sedapnyeeeeeee~ adesS dh la tak lunch lagi ni...lapaa T_T

aizura said...

perghh terbaek nih... sy mmg suke mkn gulai... maklumlah cucu nogori... hehehe...

Sis-Lin said...

aiyoooooo manyak sedap loooo...
itu lauk ha, wa panggil masak lemak looo..lu panggil masak gulai maaaa....tapi sama aja looo..

lu punya asam keping manyak cekciii maaaa...
tak dapat itu gulai, wa dpt tengok pun sudah bagusss maaa...huwaaaaaaaaaaa lapoooooooooooo looooooo..

Qaseh dalia adelia said...

mak suka sangat masak camni hehe.. sedap gak ...

diana said...

macam2 nama orang bagi masakan ni..
yang pasti semua orang suka..

Norhafiza said...

tak pernah lak No makan gulai camni..biasa sayo air lada itam tu je..nampaknya leh try lepas ni..

akuanakpahang said...

Salam, CMG mmg bestttt :)
New Entry "Penyakit Patah Mengkarung ?"

Sari Yusa Ibrahim said...

teringat lagu bawang merah... nasi melukut dengan sayur keladi untuk bondaku si ikan kaloi!

fazrin2211 said...

pehhh, ni boleh simpan lemak kat perut ni.tapi memang sedap. selera je tgk

shah-kayrul said...

terliur tengok batang keladi...kalau buat asam pedas pun sedap nie

Mat Gebu said...

@ mcm ni lah - turun temurun lagi..kann...

@ maszmadi - ni kita fusion tapi apa kesah, kita yg buat dia.

@IEB - sama...kegemaran mat juga.

@miaainis - hehe, jom lah dtg sini..

@ kak chik - xcelikan saya suka yang asam tumis tu lagi..huhu..

@ LM - ni jenis ikan kembong hijau yg besar tuu..

@ syafiq - kadang2kann, kita lupa masakan tradisi..tak pe nanti boleh mintak mak masakkan yeaa..

@ pink momma - perghh sedap tu.

@ mamamya - lepas ni try masak lemak, letak daun selasih pun sedap.

@ cik izan - hahaha....nasib baikk..

@ gadis bunga - huhu gitu leer gamaknyaa..

@ amalina - erkk, pesal makan lambat nooo..

@ aizura - tuu dia, wajib kann,..

@ sis linn - biasa lah aku kan, memang suka yg seksi jeeerrr..

@ qaseh - ni lebih pada luak-pauk org dedulu kan..

@ diana - ha ah kann...sama tapi nama je berlainan..

@ nor - nanti try..

@ AAP - terima kasih, saya hanya blogger masak2 biasa saja..

@ sari - yeahh betul2..masin yerkenang tat keju..perghh..

@ fazrin- mmg membina badan betul nihh..haha

@ shah - bijak..mmg betul..sedapp kalau buat asam pedas.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.