BEN ASHAARI

Sunday, April 17, 2011

ASAM TUMIS BATANG KELADI.....PALING AKU SUKA!.

P1270571
Suka tak asam tumis batang keladi?..Hmm, mat suka, anda mat tak pasti lah kan, tapi ada juga orang yang "pantang" makan batang keladi..hmm mungkin ada sebab2 tertentu kan. Mat gunakan keladi minyak. Kadang2 kira nasib juga, ada kala keladi ni akan terasa "gatal" walaupun lepas kita celur dengan asam. Tapi kali ni keladi yang abah mat ambik difarmville, ianya sungguh elok dan sempurna, sedap, manis dan langsung tidak gatal. Mat gunakan ikan pari masin sebagai rencah dia. Penambah aroma, kita letak daun kunyit dan bunga kantan...aduh memang pengsan lahh..sedapp..tapi itu mat yang kata, pada yang tak berapa nak ok dengan lauk asam2 ni,...sori.. Pstt..gossip sat..tau tak blog siapa yang penyumbang traffic tinggi datang dari DTS-MAT GEBU?.. Ha tatau...erkk try anda klik sini dan sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok keladi minyak, siang, kerat cuci dan celur dalam air mendidih + asam gelugor + garam
3 keping ikan pari masin, kerat dan rendam
2 keping asam gelugor (kalau besar guna 1 yea)
2 helai daun kunyit, dicarik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 biji cili merah*
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan ikan masih pari (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya. Masukkan asam gelugor dan biar mendidih.
  2. Tambah batang keladi dan isinya (toskan) dan masak hingga mendidih. Masukkan bunga kantan dan daun kunyit, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Nak letak serbuk perasa pun boleh. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan



Align Center

12 comments:

Bella Bell said...

setiap kali masuk blog uncle gebu mesti teringat kat mak..



nak balik....T___Tv


suka jugak makan keladi...hehehehe~~

IQBAL ZARIN said...

seb bek ni minggu last kat u. pasni balik nak masak jgak la batang keladi. my feveret gak nieh!! :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedap..LM mmg suka ratah btg keladi msk asam..lembut jek rasa

de'orchid said...

my favorite!!! =)

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh nie peberet saya no satu mmg best :)
New Entry "Makin ramai lelaki sudah 'tak pandai mengayat'"

Hafizah Mohamad said...

ni peberet fiza n anak2 ni...org tua2 kata keladi pantang kat org lelaki...sbbnya lemah tenaga...ha ha ha...sorry eekkk...sbb fiza pun dengaq dari org tua2 gak...he he he

kathy said...

tgh hari tadi masak tumis keladi gak cuma campur kulit rusa ^^, dah post kat blog cuma picture x brapa cantik -.-'

http://gadisarawakcorner.blogspot.com/2011/04/resepi-keladi-masak-rebus-kulit-rusa.html

Cik Iyta said...

wahhhh......syokknyer....saya pon suke kladi nie...sedapnyerr....

Syazwana said...

sedapppppnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

ShashaCatering said...

Saya pun suka juga asam pedas keladi ni Cik Mat!

Terliur tengok! Sedaaapp nyer...;)

Rozita said...

sedapnya cik mat....biasa kalau lauk ni tak sempat mkn dgn nasi..ratah je pun x cukup...

kira kekuri said...

cakap pasal keladi ni,teringat mak kat rumah yg sanggup makan keladi,sungguh minat mak aku dengan keladi, sampaikan keladi yg dah ada semut pun dia sanggup cuci bersih2 balik sbb nak makan...adoii..haha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.