BEN ASHAARI

Wednesday, March 23, 2011

SALAD KACANG KUDA....KENAPA HARUS CEREWET?..

P1260572
Salam semua, selamat petang.... hmm, masak biasa2 je hari ni, sebab biasa tak payah lah mat masukkan dalam blog, cuma masak sambal ikan kembong dan sotong goreng kunyit. Dah banyak kali letak. Jadi ni hari sebagai pengisian dalam blog masak2 mat letak lah apa yang aku makan sat tadi ni..hmm salad biasa je, lepas tu letak kacang kuda yang mat rebus pagi tadi. Mat cuma guna sos thousand island sebagai dressing dia.

Kenapa harus cerewet?...Kenapa yea?..tu lah sikap manusia. Kadang2 cerewet ni sebab pengaruh sekeliling pun yea juga, bukan tak boleh cerewet, tapi biarlah berpada dan sedar diri dan kedudukan kita dulu, mat banyak melayan karenah orang cerewet, sebab malas cerita aku turutkan je, tapi kadang2 ada had nya juga..kalau fikir2 kan orang yang terlalu cerewet ni macam orang yang tak tau bersyukur..kalau rasa bijak sangat, rajin sangat, buatlah sendiri, jangan pandai komen dan kondem saja. hmm mat kadang2 pening, stress dan rasa nak je bersuara, tapi seteruk2 aku ni, walaupun Ben cakap aku ni laser, namun nak "sound" secara tak berhemah, itu bukan aku yeaa....Sabarrr yeaa Mat Gebu...sabarr....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Iceberg lettuce secukupnya, contoh di sini...
Beberapa biji tomato ceri, cuci dan belah 2
1/3 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
1/4 biji red capsicum, dadu
1/4 biji yellow capsicum, dadu
1/2 biji bawang besar, hiris
1 batang sosej ayamas, celur dan hiris
2 batang jejari ketam, celur dan hiris
1/2 biji timun jepun, potong serong
1 ulas bawang putih, cincang halus
Soa thousand island secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Salad iceberg lettuce dileraikan, cuci satu2 dan toskan, biar betul2 kering kemudian siat pada saiz sederhana dan letak dalam bekas.
  2. Campur bahan2 lain kecuali sos thousand island, gaul rata dan letak sos secukupnya, gaul rata2 dan tabur sedikit serbuk lada hitam, jika suka. Hidangkan segera. Sedap juga dihidang sejuk....

13 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

terima kasih pak cik mat gebu kerana buat saye lapa kemain T_T

Sunah Mohammad said...

wahhhhhhhh...ni kategori 'rajin' ni pakcik mat!!

qucachahir said...

mat gebu...sedap nye..
alahai..nak rase sikit boleh tak mat gebu??..
nampak sosej...FEVERET kite!!..hehe...

Ein said...

baru baca resepi pun dah terliur ni...

NMH said...

tedapnye..err...

gadisBunga said...

laser secara berhemah boleh melicinkan kulit tau mat..huhu~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

makanan berkhasiat!

kakchik@ella said...

Uikkk??? dasyat dan hebat salad ni. menggiur dan memberahikan la cik mat. hihihi ..

Soo Hae Daa said...

wow cik mat...i love salad...tp bese sy buat letak red beans, jgung, tomatoes n salad je...ehehhe...xpnah lg cube style ni...leh la cube buat nnt..thnx cik mat kongsi resepi best lg mudah ni.... =))

Izan Ishak said...

sedap ni cik mat. selalu je makan kacang kuda rebus gitu je. buat salad gini mmg mengujakan~

Citarasa Rinduan said...

cik mat...
nampaknya serupalah kita..lagi pe,bagai ragam ayu temui..sangat2 cerewet!!!

PS: puas tatap salad kacang kudamu..
mana lah menghilang kacang2 tu...hehehhe
ayu dah ambil makan sambil jalan...LARIIIIII!!!!!!

Nieza said...

wah menarik salad ni....sabar yer cik mat...

Shaizhar said...

tukar kepada kacang cap tangan boleh>?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.