BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
1 biji bawang besar saiz sederhana, dihiris
8 ekor udang saiz sederhana
3 batang jejari ketam, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, ambik bahagian putih, hiris halus
2 helai daun limau purut
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, cuci*(*ditumbuk lumat)
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
4 biji cendawan butang, hiris
3 tangkai kacang panjang, hiris
1 1/2 camca besar pes tom yam LIFE
2 biji telur, dipukul sedikit
Lada hitam secukup rasa
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Belahan limau kasturi sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai hiris, daun limau purut dan bahan tumbuk lumat hingga harum. Masukkan pes tomyam, kacau rata. Tambah kacang panjang, cendawan, red/yellow capsicum dan gaul rata.
- Tolak ketepi dan masukkan telur, bila mengeras sedikit, hancurkan dan gaul rata. Masuk udang dan jejari ketam dan nasi. Kacau rata. Tambah sos ikan secukup rasa dan masak hingga nasi kelihatan mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Boleh lah santap...


14 comments:
udang bagi kat saya! terima kasih..hehehe~
mak oiiiii udang tengah memanggil-manggil tuuuuu ;P
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?
lamer tak dengor perkataan nyambil.. mak ieb suker sebut.. orang kluang kan.. hihihi.. alahai takyah tengok udang, tengok nasik goreng suda cukup mengiurkan erk..
Salam CMG, mintak sepinggan :)
New Entry "Banyak songehlah awak :("
tutorial, tutorial cepat.......
nasi goreng memang hidangan termantobbb
sedapppp udang tu LM pun takmo..huhu.gatal la Mat asik mkn udang je ni..adoii
huhu...nasi goreng pn sodap time thari nih abg mat...lagi2 kalau org masak kan...
pssstt...suke ati abg mat la nak keje apa...full time blogger ke?full time chef ke...kan?kan?kan?
kesian CMG takleh mkn udang... rugi.. rugi!
pagi2 pekena nasi goreng sepinggan barulah semangat nak kerja.. hehe..
saya tag mat gebu di entry.. ;)
mari lihat oke =)
link :
http://quraishahir.blogspot.com/2011/03/5-blog-yang-paling-kerap-dilawati-2011.html
waa...semangat inilah yg kt mahu, sakit2 pon tetap masuk dapur:)
sume nak udang=P
Walaupun nasi goreng tapi jika cara masakan kreatif masakan tetap sedap.
Minah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?
Golongan Pemuda Zaman Nabi
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
Post a Comment