BEN ASHAARI

Saturday, March 19, 2011

MEE KUAH TOMATO

P1260339
Sebelum mat terus kan N3..nak minta maaf lah sebab ini patut n3 petang...huhu, tapi terlajak time, atas sebab2 yang tak boleh nak dielakkan...apa nak buat kan, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Ok terus kan dengan N3 kali ni, mat saja lah gatal2 tangan memasak mee yang serba ringkas petang tadi. Yang ni boleh makan dalam 4-5 orang macam tu, bergantung pada keadaan anda masa tu yea. Masak dia senang jee, apa yang penting, udang dengan sotong wajib ada, nak sedap boleh tambah daging, atau ayam...Lagi meletopppp...Ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih dan kelar bersilang
10 ekor udang saiz sederhana, buang kulit dan cuci bersih
1 keping dada ayam, didadu
1 keping fish cake
2 pokok sawi bok choy, cuci bersih dan disiang, toskan
1200 ml stok ayam
Garam dan gula secukup rasa
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji tomato merah, cincang halus
1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar cili sos

BAHAN LAIN :-)
Mee kuning secukupnya, dicuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Sambal kicap, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih hingga layu, masukkan tomato dan tumis hingga tomatp hancur, tambah daging ayam dan masak hingga berubah warna. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang stok ayam. Biar mendidih.
  2. Tambah udang, sotong dan sawi bok choy. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, nak guna serbuk perasa pun ok. Masak sekejap, jika suka kuah pekat boleh tambah sedikit bancuhan tepung jagung. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak mee secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Letak hirisan tauhu, cili merah, hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan juga sambal kicap sebelum dihidangkan...

9 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

mee kuahhhhhhh <33333

Sunah Mohammad said...

wah, sedap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Citarasa Rinduan said...

cik mat..daku tiba2 lapo...

kalau boh udang, sotong sure en zalie tak boleh..
so..macam biasa...ayu derhaka lagi...ayam jer...hehehe

Bella Bell said...

wahhh...sedapnye..dah la nga lapar...hehe...

1st time terjah+komen kt blog mat gebu ni..hehe...

Salam sejahtera....... said...

cantek kelar sotong tu sayang nak makan...

fara dean said...

sedappnya..kretiplah cik mat ni..boleh amik PHD tau!!
nnt boleh gnti chef wan..

Hunny said...

Nampak macam sedap sangat... Menguji iman sungguh...

a.samad jaafar said...

Pasti sedap..!!
psstt.. Mat Gebu.. t kasih tau.. sebab org rumah saya dah setuju nak cuba resipi ni..

teratai said...

sedap, menu pagi tadi pun buat mee rebus!rasanya mcm mee lakna ke??

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.